awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ProtectHealth terima dua anugerah berprestij

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
13/12/2021
09:24 MYT
ProtectHealth terima dua anugerah berprestij
Dr Anas Alam Faizli menyifatkan kedua-dua anugerah itu sebagai bukti dedikasi ProtectHealth, serta pengiktirafan terhadap keupayaan dan kepimpinan syarikat itu. - Gambar ProtectHealth
KUALA LUMPUR: Pelaksana Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) terpilih untuk menerima anugerah 'Outstanding COVID-19 Vaccination Delivery of the Year' dan 'Asia Pacific Outstanding Business Leader Lifetime Achievement Award', baru-baru ini.
Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth, Datuk Dr Anas Alam Faizli menyifatkan kedua-dua anugerah itu sebagai bukti dedikasi ProtectHealth, serta pengiktirafan terhadap keupayaan dan kepimpinan syarikat itu dalam menguruskan inisiatif berskala nasional selain terus menerajui kerjasama awam-swasta dalam penjagaan kesihatan
"Anugerah ini juga merupakan penghormatan dan penghargaan atas usaha kolektif tanpa jemu semua ProtectHealth pekerja dan rakan kongsi melalui PeKa B40 dan PICK.
"Namun demikian, perjuangan ini masih belum selesai dan ProtectHealth akan terus membantu Kementerian Kesihatan dan kerajaan dalam semua usaha kesihatan negara," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.
ProtectHealth dianugerahkan Outstanding COVID-19 Vaccination Delivery of the Year di GlobalHealth Asia Pacific Awards 2021 yang dianjurkan GlobalHealth and Travel (GHT).
Dalam pada itu, Dr Anas Alam turut menerima anugerah Asia Pacific Outstanding Business Leader Lifetime Achievement di Asia Pacific Outstanding Business Leader Achievement Awards oleh Institut Strategik KSI untuk Asia Pasifik (KSI) yang merupakan salah satu badan pemikir bebas terkemuka di rantau ini.
KSI ditubuhkan bagi memberikan khidmat nasihat strategik, taklimat eksekutif peringkat tinggi, persidangan antarabangsa, dasar meja bulat dan sidang kemuncak peringkat kebangsaan.
Ditubuhkan pada 19 Disember 2016, ProtectHealth adalah anak syarikat milik penuh ProtectHealth Malaysia (PHM) yang ditubuhkan di bawah Kementerian Kesihatan.
Sehingga 12 Disember, ProtectHealth melalui pengamal perubatan swasta dan petubuhan bukan kerajaan (NGO) menyumbang 46 peratus atau lebih 28 juta dos dalam PICK.
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#ProtectHealth
#PICK
#anugerah
#Dr Anas Alam Faizli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan