awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki OKU cedera dalam kebakaran babitkan tujuh rumah di Jinjang
APMM Pulau Pinang tahan dua kapal tangki cuba pindah minyak mentah bernilai RM512 juta
KPT semak akta ambil alih tingkatan enam, matrikulasi - Zambry
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Protes Kampung Sungai Baru: Tahan segera dalang cederakan OCPD Dang Wangi - PM

Astro Awani
Astro Awani
11/09/2025
07:14 MYT
Protes Kampung Sungai Baru: Tahan segera dalang cederakan OCPD Dang Wangi - PM
Perdana Menteri menyifatkan insiden menyerang sehingga mencederakan Sulizmie Affendy sebagai perbuatan keji.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pihak berkuasa segera menahan dalang yang mencederakan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman dalam kejadian protes di Kampung Sungai Baru hari ini.
Perdana Menteri menyifatkan insiden menyerang sehingga mencederakan Sulizmie Affendy sebagai perbuatan keji.
"Insiden menyerang sehingga mencederakan penjawat awam yakni Ketua Polis Daerah Dang Wangi oleh pihak berkepentingan dan tidak bertanggungjawab adalah perbuatan keji dan mesti dikecam.
"Saya telah menggesa pihak berkuasa untuk segera menjalankan siasatan dan lekas memberkas dalang dan penyerang yang bertanggungjawab mencederakan," kata beliau menerusi kenyataan dalam laman sosial Facebook hari ini.
Sulizmie Affendy mengalami kecederaan ketika protes penduduk yang membantah operasi pemotongan elektrik di Kampung Sungai Baru.
Beliau dilihat mengalami pendarahan di bahagian kepala ketika cuba menyuraikan penduduk yang mendesak masuk ke kawasan operasi.
Perdana Menteri dalam pada itu berkata, kerajaan menghormati hak untuk berhimpun secara aman dan menyatakan pendirian.
Katanya, ia telah dibuktikan dengan konsisten melibatkan pelbagai himpunan sebelum ini.
Namun, Anwar menegaskan, prinsip kebebasan juga menuntut semua pihak untuk bertanggungjawab serta mesti patuh kepada hukum, adab dan undang-undang.
"Berhimpun secara aman mesti tidak harus disalah guna untuk kepentingan politik sempit dan mencetuskan suasana tidak tenteram di kalangan rakyat.
"Keganasan yang disemai melalui hasutan, kebencian dan maklumat palsu tidak boleh sama sekali dibiarkan berakar dalam masyarakat," tegas Perdana Menteri.
Topic Berkaitan
#isu kampung sungai baru
#Perdana Menteri
#OCPD cedera
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan