awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pokok tumbang: ETS laluan Sungkai-Slim River kembali beroperasi guna satu landasan - KTMB
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU14: Masyarakat nilai sendiri isu pemberitaan seimbang - Chamil

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
05/04/2018
12:19 MYT
PRU14: Masyarakat nilai sendiri isu pemberitaan seimbang - Chamil
CHAMIL: Ia bukan bermaksud memberi ruang yang sama banyak, yang lebih penting ialah kita memberi kepelbagaian pendapat dalam sesuatu item berita. - Gambar fail
Masyarakat harus menilai sendiri keseimbangan mana-mana laporan di media arus perdana atau portal terutama menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Chamil Wariya berkata, masyarakat juga harus tahu membezakan mana-mana berita yang berasaskan fakta atau analisis yang dibuat wartawan.
Jelasnya, matlamat utama pemberitaan adalah melahirkan maklumat secukupnya untuk masyarakat membuat keputusan.
"Ia bukan bermaksud memberi ruang yang sama banyak, yang lebih penting ialah kita memberi kepelbagaian pendapat dalam sesuatu item berita.
"Matlamat kita hendak mendidik masyarakat dengan apa juga isu yang kita bicarakan. Jadi adalah penting kita memberi gambaran menyeluruh tentang sesuatu isu dan kemudian terpulang kepada khalayak untuk menentukan masyarakat hendak terima atau tidak, tetapi akhirnya mereka yang akan menentukan.
"Kita sebagai wartawan, tugas kita adalah untuk melaporkan, apa yang kita nampak dan perhatikan, kita hanya beri. Mungkin dan yang lain terserah kepada khalayak," katanya selepas sesi perbincangan Media dan PRU: Antara Menyokong, Menentang dan Berkecuali di sini hari ini.
Ia diadakan sempena Forum Media dan Komunikasi Menjelang PRU14.
Selain itu, dua lagi topik perbincangan forum adalah Pembentangan Kajian Berkaitan PRU dan Mengkomunikasikan Mesej kepada Khalayak semasa PRU: Perspektif Akademik.
Antara panel adalah Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani dan Profesor, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Prof. Datuk Dr. Syed Arabi Idid.
Topic Berkaitan
#akhbar
#berita
#chamil wariya
#Media
#MPI
#pilihan raya
#politik
#Portal
#PRU14
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan