Biro Penerangan UMNO telah mengatur gerak kerja bagi menangani berita palsu dan memerangi persepsi yang disebarkan pembangkang menerusi media sosial dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa ketika ditemui Bernama berkata isu yang dihadapi biro tersebut bukan lagi isu stereotaip dan mudah diramalkan, sekali gus menuntut PRU14 yang disifatkan sebagai ibu segala pilihan raya itu perlu dikendalikan dengan cara tersendiri.
"Cabaran yang kita hadapi kini lebih kompleks, kita tidak boleh nak agak dari segi masa dan apa cerita yang nak direka. Kadang-kadang ada yang menggunakan sumber dari luar negara atau menggunakan agensi atau pihak yang seolah-olah berwibawa,” katanya.
Contohnya, beliau berkata ada portal berita kononnya tempatan tetapi ia sebenarnya adalah ejen media antarabangsa berpengkalan di luar negara yang mempunyai niat dan agenda tersendiri.
“Mereka ni pakar dalam membuat berita palsu, mereka beli dan menyogok untuk dapatkan berita separa benar dan kemudian mereka putar, mereka ini pengguna media peringkat tinggi yang mempunyai misi. Mereka ada misi tertentu dan bukan hanya satu media yang nak melaporkan berita semata-mata,” katanya.
Annuar berkata ia bukan lagi permainan pada peringkat tempatan, malah sudah menjadi global dengan pihak yang berkepentingan bukan berada di depan mata dan menambah kata, kerajaan akan menjadi mangsa sekiranya ia tidak mempunyai ketahanan serta kaedah sesuai untuk menangkis perkara tersebut.
“Kita tidak boleh dedahkan apa yang kita buat, tetapi yang pastinya kita tidak mahu rakyat terpedaya…rakyat perlu dapat sumber sahih walaupun ia mungkin lebih perlahan daripada berita palsu atau fitnah, yang penting sumber sahih itu mesti diperoleh sebab sekarang ini membina persepsi sudah jadi strategi yang digunakan sepenuhnya oleh mereka yang nak jatuhkan kerajaan,” katanya.
Annuar yang mengesahkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Ketereh pada PRU14 berkata antara kaedah yang digunakan pihaknya dalam menyebarkan maklumat dan penerangan ialah menerusi program jelajah 'Perjuangan For All' serta program dalam talian 'Anda Tanya, Kita Jawab’ menerusi portal UMNO.
"Di luar sana bermacam maklumat berlegar menerusi medium seperti Facebook (FB), Instagram dan Twitter. Kita memberi tumpuan bagaimana untuk menyampaikan maklumat yang betul kepada mereka ini.
“Bagaimanapun kita tidak terlalu pesimistik. Di luar sana juga ada majoriti senyap yang bukan sahaja siang malam main FB dan kerjanya menyebarkan berita dan sebagainya. Masih ramai sebenarnya yang bijak menilai, mereka baca apa yang ada dalam kumpulan WhatsApp dan FB tapi mereka bukan orang yang mudah dipengaruhi.
“Mereka boleh fikir sendiri dan cari maklumat. Sekarang ramai yang dah faham, kalau dapat satu berita, mereka selidik untuk pastikan berita itu palsu atau benar, bukan dapat berita saja mudah terpedaya dan terus emosi. Kita anggap kebijaksanaan rakyat Malaysia berfikir itu adalah aset,” katanya.
Dengan persediaan yang dilakukan hingga kini, beliau berkata UMNO dan BN menyasarkan kemenangan dua pertiga kerusi pada PRU14.
"Sasaran kita nak menang semaksima mungkin kerana kita nak membentuk sebuah kerajaan yang kuat. Rakyat memerlukan sebuah kerajaan yang kuat, kalau kita pilih kerajaan yang lepas pilihan raya baru nak bagi-bagi jawatan PM, nak kongsi-kongsi kau dua tahun aku dua tahun, itu kita sengaja terjun.
UMNO dan BN, katanya, sentiasa berusaha mengatasi persepsi, penipuan, kempen membenci dengan penuh kesabaran, justeru parti itu yakin rakyat akan membuat keputusan yang jujur semasa pilihan raya umum nanti.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 11 2018
Ia bukan lagi permainan pada peringkat tempatan, malah sudah menjadi global dengan pihak yang berkepentingan bukan berada di depan mata.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Tiada perbincangan wujudkan kerajaan perpaduan, hanya perjumpaan biasa - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan pertemuannya dengan beberapa pemimpin beberapa hari lalu hanyalah sebagai perjumpaan biasa.
SPRM anjur mesyuarat ACTWG APEC secara maya
Mesyuarat itu bermula pada 19 Oktober 2020 sehingga 23 Oktober nanti.
COVID-19: SKM peruntuk insentif pemulihan RM1 juta
Sehingga September, SKM meluluskan bayaran insentif PULIH berjumlah RM525,500 kepada 65 koperasi di negara ini.
PRN Sabah: Isu ekonomi, MA63 dan pembangunan jadi tumpuan
Madeline berkata, negeri-negeri yang kurang membangun juga perlu diberikan perhatian yang lebih.
Pemimpin Arab jadi sasaran alat Israel, AS - MAPIM
MAPIM mengutuk keras sikap pengecut dan bacul pemimpin Bahrain yang sanggup menjual diri kepada Israel dan Amerika dengan mengumumkan perjanjian damai bersama rejim itu.
Majlis Kemakmuran Bumiputera platform tertinggi perkukuh sosioekonomi Bumiputera - Perdana Menteri
Kerajaan mewujudkan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) sebagai platform tertinggi untuk memperbaharui dan memperkukuh pembangunan sosioekonomi Bumiputera.
Hadi Awang serah laporan mengenai Timur Tengah kepada Perdana Menteri
Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyerahkan Laporan Eksekutif kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Rasuah: Selangor tidak bercadang pindahkan penjawat awam negeri
Kerajaan Selangor tidak bercadang untuk merombak atau memindahkan penjawat awam termasuk penguat kuasa negeri, sebagai langkah penyelesaian bagi membendung gejala rasuah dalam sektor berkenaan.
Muhyiddin mahu tindakan segera bantu tingkatkan taraf kehidupan penduduk PPR
Lawatan itu, ujar Perdana Menteri, banyak memberi maklumat kepada dirinya mengenai kehidupan warga kota atau golongan miskin bandar.
#RealLifeHeroes mengangkat semangat Hari Kemanusiaan Sedunia 2020
19 Ogos 2020 merupakan tahun kesebelas kita sama-sama menyambut Hari Kemanusiaan Sedunia.