KUALA LUMPUR: Calon Pakatan Harapan (PH) P.098 Gombak, Datuk Seri Amirudin Shari akan mengumumkan tawaran spesifik untuk warga kawasan itu yang membawa mesej konsistensi dan kestabilan pentadbiran Pakatan Harapan (PH), Khamis ini.

Secara amnya, beliau menjanjikan kesetiaan kukuh kepada kerja dan tugas, serta tidak gemar untuk berpolitik yang akhirnya merugikan rakyat.

“Berbantah dan berbeza pendapat itu biasa, biasanya dalam perdebatan ya atau dan tidak itu wujud, berdebat tak ada masalah.

“Isu yang penting di sini ialah kita melihat konsistensi dalam menyampaikan mesej, konsistensi dalam merangka, yang saya akan gubal dan terangkan pada hari Khamis ini,” katanya dalam program Agenda AWANI khas Malaysia Memilih pada Selasa.


Kata Amiruddin, ia merupakan penawaran khusus di samping 10 perkara yang ditawarkan oleh PH dalam manifesto nasionalnya.


PRU15: Amirudin bentang tawaran khusus untuk rakyat Gombak Khamis ini