Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) N58 Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim pada Ogos lalu memberi keyakinan kepada Muafakat Nasional (MN) diterajui parti UMNO, Pas dan Bersatu.
Bagaimanapun, keyakinan itu jelas Felo Penyelidik ILHAM Centre, Profesor Madya Dr Hamidin Abd Hamid, memerlukan kerja keras daripada semua parti di bawah perikatan itu untuk berusaha menyelesaikan isu pembahagian kerusi menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dilihat semakin jelas.
Ia juga terserlah apabila beberapa pemimpin parti-parti terbabit dilihat mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kepimpinan tertinggi Muafakat Nasional (MN).
ISU KERUSI MUAFAKAT NASIONAL
"Senario mengapa saya katakan dilambung badai dan sebagainya, kita melihat bahawa rundingan untuk mereka bekerjasama itu masih berada di hadapan dan di pentas utama. Pada masa sama, kita juga melihat adanya halangan contohnya tindakan pihak tertentu mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguris hati antara satu sama lain, antara parti atau antara pemimpin.
"Kemudiannya, ada kehendak sesetengah pihak yang perlu dituruti oleh setiap parti dan juga tindak balas dan tingkah laku yang menunjukkan bahawa ada parti yang mendominasi satu sama lain. Ini semua percaturan yang harus diambil kira oleh parti. Jika tidak berjaya diurus dengan baik ini boleh membawa kegagalan dalam usaha membina penyatuan itu," katanya.
Malah jelasnya, jika tidak diselesaikan dengan kadar segera dan harmoni, ini dikhuatiri menjurus kepada kemelut politik yang boleh diambil kesempatan oleh parti lawan.
"Dalam kempen PRK Slim, boleh dikatakan tidak wujud Perikatan Nasional (PN), hujah kempen lebih kepada penyatuan Melayu. Kekuatan kerajaan pemerintah hari ini seolah-olah tenggelam, malah dalam soal-selidik kami mendapati Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sangat popular sebagai individu tetapi bagaimana kerajaan itu dilihat dua cara berbeza.
"Jangan lihat penerimaan Muhyiddin itu sebagai penerimaan Perikatan Nasional atau parti," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI, pada Jumaat.
APA KHABAR BERSATU?
Kajian di lapangan mendapati rata-rata rakyat terutama penduduk di kawasan luar bandar terutama di DUN Slim, lebih memilih parti berbanding isu yang dibawa.
Malah PRK Slim, kata Dr Hamidin menyaksikan kembalinya keyakinan UMNO dan BN terutama selepas Muafakat Nasional dianggotai Bersatu.
Dalam kemenangan yang disandang Barisan Nasional di PRK Slim juga menyaksikan kurangnya jentera akar umbi Bersatu untuk berkempen bagi calon BN.
"Seolah-olah tiada tempat untuk Bersatu di Slim. Kalau kita lihat jentera di PRK Tanjung Piai, jentera (Bersatu) di Slim umpama melukut di tepi gantang. ILHAM Centre tidak nampak kerjasama, saya ikut Pas dan UMNO ketika meraih undi tetapi kerjasama Bersatu tidak berlaku di lapangan," katanya.
Ujarnya, ia dikhuatiri memberi kesan psikologi besar kepada ahli Bersatu untuk bersama jentera parti komponen MN jika tidak ditangani dengan segera.
PEJUANG INTAI PELUANG
Sementara itu, di kala MN dan PH berdepan konflik politik dalaman, kemunculan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang ditubuhkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat cuba mengintai peluang mendapatkan keyakinan rakyat.
Pejuang yang meraih 2,115 undi meskipun tewas di kerusi tradisi UMNO dan BN itu, berjaya membuktikan survival Pejuang diterima sebilangan masyarakat.
"Kalah dalam perjuangan disebalik kekuatan retorik Muafakat Nasional, mendapat dua ribu undi tetapi pada masa sama kemenangan itu disebalik kelemahan berlaku dalam Pakatan Harapan. Mereka berjaya menonjol diri mereka secara individu.
"Itu maksud saya, senyum dalam kemenangan. Dua-dua pihak walaupun mereka tidak mendapat sokongan penuh daripada PH tetapi mereka berjaya berdiri sendiri. Jadi saya melihat bahawa adanya tempat untuk Pejuang meletakkan tapak mereka dalam kancah politik semasa, disebalik apa kita katakan kejayaan penyatuan Muafakat Nasional," jelas Dr Hamidin.
Kejayaan Pejuang tidak hilang wang deposit itu jelasnya membuktikan karier politik Ahli Parlimen Langkawi itu masih relevan dalam gelanggang politik tanah air.
Tambah Dr Hamidin, keputusan PRK N58 DUN Slim dilihat tidak sesuai dijadikan indikator Pilihan Raya Umum ke-15. (PRU15).
Fareez Azman
Fri Sep 04 2020
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua, kiri) dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (dua, kanan) bergambar bersama Calon Barisan Nasional Mohd Zaidi Aziz (tengah) pada PRK N58 DUN Slim. - Gambar fail/BERNAMA
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Malaysia di Syria selamat
Pelajar Malaysia di Syria maklumkan mereka dalam keadaan selamat.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.