KUALA BERANG: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menasihati ahli Barisan Nasional (BN) supaya tidak terjebak dengan amalan 'cah keting' (sabotaj), jika tidak tercalon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Naib Presiden UMNO itu berkata mereka yang tidak tercalon, harus menerima keputusan parti dengan hati terbuka dan bukannya terlibat dengan amalan 'cah keting', kerana perbuatan itu boleh membuatkan BN kecundang walaupun di kubu sendiri.
"Yang kita bimbang ini 'cah keting', kita (BN) bukan tak kuat, tetapi adanya kes-kes cah keting kita kecuncang di tempat sendiri. Kalau selama ini boleh berucap berapi-api korban jiwa raga, buktikan 5hb (Nov)(hari penamaan calon) nanti, kalau tak tercalon tetap sokong parti kita yang bertanding," katanya ketika berucap pada program Himpunan Solidariti dan Kestabilan dan pelancaran Jentera PRU15 BN Terengganu, di sini hari ini.
Ismail Sabri berkata dua perkara yang perlu dipegang untuk memastikan BN memenangi semula negeri Terengganu, iaitu mengelak perpecahan dan jentera perlu bekerja kuat.
Beliau juga berharap BN akan merampas semula kerusi Hulu Terengganu, kerana kerusi tersebut pada asalnya merupakan hak BN tetapi 'dirompak' oleh penyandang Parlimen tersebut yang melompat parti.
Kerusi Hulu Terengganu sebelum ini disandang oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid atas tiket UMNO, namun beliau meyertai Bersatu selepas PRU14.
Sementara itu Perdana Menteri itu berkata beliau mengambil keputusan membubarkan Parlimen untuk memberi laluan kepada PRU15, kerana berpegang kepada prinsip dan mustahaknya kestabilan dan kemakmuran dalam negara.
Beliau berkata ketidaksabilan politik sangat dikhuatiri akan menyebabkan ketidakstabilan ekonomi, seterusnya akan memberi kesan kepada rakyat.
"Kenapa saya bubarkan Parlimen? (kerana) saya dah nampak bibit perpecahan berlaku dalam Kabinet saya, apabila 12 orang menteri tulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong minta Parlimen tidak dibubarkan.
"Mereka ini akur kepada presiden parti mereka, mungkin akan ada lagi arahan lain selepas itu, sebelum mereka petik butang (tarik sokongan), saya petik butang dahulu," katanya.
Ismail Sabri berkata menteri-menteri berkenaan boleh menarik sokongan terhadap beliau, sehingga menyebabkan kerajaan tumbang memandangkan parti yang mereka wakili mempunyai bilangan kerusi lebih besar berbanding BN.
"Kita (BN) 42 (kerusi) maknanya kekuatan kita tiada sangat, mereka (PN) boleh tarik ketika itu, jika ada lima pun kerajaan boleh tumbang, maka saya bincang dengan 'top 5', kita perlu bubar untuk bentuk kerajaan yang lebih dominan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 21 2022
Ismail Sabri berkata mereka yang tidak tercalon, harus menerima keputusan parti dengan hati terbuka. - Gambar/ Bernama
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
KKR mengesyorkan pihak berkaitan supaya mengkaji kaedah bagi memendekkan tempoh mana-mana projek pembinaan di negara ini, yang mengambil masa lama untuk disiapkan demi kepentingan rakyat.
Sarawak perlukan 17,500 hektar kawasan baharu sawah padi
Kementerian telah mengenal pasti kawasan baharu iaitu di Sri Aman, Kapit, Mukah dan Limbang bagi tujuan berkenaan.
ART bertingkat di JB miliki 32 stesen - Exco
Projek sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat yang dicadang dibangunkan di Johor Bahru akan mempunyai 32 stesen dengan jarak lebih 50 kilometer (km).
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak sedang dirangka
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak 2003 sedang dirangka sebagai usaha menubuhkan Jabatan Perikanan Negeri.
Dengar 'suara' belia, iktiraf mereka sebagai penyambung legasi
Suara belia tidak harus dipandang enteng malah penglibatan golongan ini perlu diperluas terutama dalam isu kemasyarakatan dan politik sesuai peranan mereka yang 'sering' digelar pemimpin masa hadapan.
Tumpuan Rabu - 15 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dari Madinah, seramai 563 jemaah haji Malaysia tiba di Mekah
Seramai 563 jemaah haji Malaysia yang sebelum ini menetap di Hotel Emaar Royal dan Hotel Saja al Madidah di Madinah, tiba di Mekah pada Selasa untuk urusan menunaikan ibadat haji.
10 Berita Pilihan - (14 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Banjir lahar dingin ragut lebih 50 nyawa
Banjir yang dikenali sebagai lahar dingin di Indonesia mengorbankan 52 individu setakat ini dengan 17 orang dilaporkan hilang. Situasi itu menyebabkan anggota keselamatan dan kecemasan mengerahkan tambahan aset-aset seperti jentera berat bagi memudahkan urusan semua pihak dalam operasi mencari mangsa yang hilang.
Suntikan anti-obesiti mampu kurang risiko serangan jantung
Suntikan ubat anti-obesiti mampu mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. Satu kajian dilakukan oleh Profesor dari Kolej Universiti London (UCL) mendapati secara purata berat badan individu yang terlibat dalam kajian ini menurun 10.2 peratus selepas empat tahun.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan
Fuziah Salleh menafikan dakwaan bekalan barangan bersubsidi masih berkurangan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Akta Parlimen Berpenggal tidak mudah untuk dilaksanakan - Wan Junaidi
Akta Parlimen Berpenggal hanya menjejaskan sedikit kedudukan Perdana Menteri seperti budi bicara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mencadangkan pembubaran Parlimen.
Naratif Islam terancam berjaya tarik undi orang Melayu - Mat Sabu
Naratif Islam terancam dan kedudukan orang Melayu tidak terjamin jika memilih PH menyebabkan beberapa pemimpin utama parti itu tewas pada PRU yang lalu.
Rayuan petisyen pilihan raya Parlimen Masjid Tanah didengar 16 Feb
Rayuan calon BN terhadap keputusan mahkamah menolak petisyen dikemukakannya bagi membatalkan kemenangan Datuk Mas Ermieyati Samsudin pada PRU15 didengar 16 Feb.
Bekas calon Warisan mengaku tidak bersalah tipu urusan pembalakan
Azman Idris, 55, didakwa memperdayakan Chin Yet Lun, 37, dalam urusan pembalakan yang tidak wujud sehingga mangsa menyerahkan wang sebanyak RM171,500 ke dalam dua akaun bank tertuduh.
Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu
Ahmad Faizal berkata, beliau ada suara untuk menentukan calon parti bagi mewakili PN di Perak, termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya.
PM tekad akan terus banteras amalan rasuah dalam pentadbiran
Anwar Ibrahim menzahirkan rasa bangga dengan prestasi yang ditunjukkan kepimpinan Kerajaan Perpaduan dalam menghentikan amalan rasuah serta salah guna kuasa.
Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.