UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

PRU15: 'Boleh bersedih kalau tidak tercalon, tapi elak tembak parti sendiri' - Ismail Sabri

PM Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan mana-mana individu yang tidak terpilih sebagai calon dalam PRU15 bagi mewakili BN tidak mensabotaj termasuk menyokong lawan kepada calon yang terpilih.

Abd Hadi Che Awang
Wed Oct 19 2022
PRU15: 'Boleh bersedih kalau tidak tercalon, tapi elak tembak parti sendiri'  - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan ucapan ketika hadir pada Program Solidariti Kestabilan dan Kemakmuran peringkat negeri Kedah di Dataran Serdang hari ini. - Foto BERNAMA
BANDAR BAHARU: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan mana-mana individu yang tidak terpilih sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke-15  (PRU15) bagi mewakili Barisan Nasional (BN) tidak mensabotaj parti termasuk menyokong lawan kepada calon yang dipilih.

Menurut beliau yang juga Naib Presiden UMNO, individu berkenaan juga diharapkan dapat membantu calon yang terpilih dalam kempen yang digerakkan khususnya dalam usaha merampas semula kawasan yang dimenangi parti lawan dalam pilihan raya lepas.

"Apabila (tahu nama tidak terpilih) atau tidak dapat (sebagai calon PRU), ramai yang kecewa, kepada (individu) yang tidak dapat, kalau (mahu) sedih, bersedihlah, (itu) tidak ada hal, (kita) bagi dia tempoh bertenang, membawa hati yang lara, (dia) nak pergi Langkawi, duduk di jeti nelayan Kuala Kedah, (itu boleh).

"Tetapi selepas dua atau tiga hari, (dia) mesti keluar berkempen (untuk calon), pastikan (parti) kita menang, yang paling kita takut, jangan ada sabotaj dalam parti, (termasuk) di Kedah, (kita) kena tolong kawan yang bertanding, kalau (kita yang) bertanding, (mesti) kita mahu kawan kawan sokong kita, kalau tak ada rezeki kita, kita sokong kawan-kawan yang bertanding," katanya.

Ismail Sabri berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di dalam Majlis Pelancaran Program Solidariti Kestabilan Kemakmuran Peringkat Negeri Kedah di Dataran Serdang, di sini pada Rabu.

Dalam perkembangan sama, beliau menyatakan bahawa jentera BN perlu sedar akan siapa sebenarnya lawan dan kawan dalam pertempuran PRU15 kelak.

[TERKINI] Pelancaran Solidariti Kestabilan dan Kemakmuran

Ikuti semua perkembangan mengenai PRU15 DI SINI!

Sehubungan itu, jelasnya, kesemua ahli-ahli parti perlu bersifat lebih 'menyerang lawan' berbanding pendekatan bertahan yang diambil ketika ini.

Tambah beliau, 'peluru-peluru' yang sudah dikeluarkannya beliau termasuk Bajet 2023 perlu diterangkan dengan lebih jelas kepada rakyat agar mereka tidak lagi tersalah membuat pilihan dalam pilihan raya akan datang dengan memilih parti selain BN.

"Mulai hari ini, fokus (kita adalah menyerang) pihak pembangkang, kita sudah kenal musuh kita, iaitu PH, PN, GTA, (saya nak beritahu semua), GTA ini punya tidak penting parti itu, saya sampai terlupa nama, (semua jentera minta) halakan seluruh senjata tembak mereka, bukan (tembak) parti sendiri.

"Seperti di Kedah, yang kita hendak lawan (adalah) PN, kita kena serang PN, jadi kita kena bersedia bukan sahaja dari kajian sikap bahkan menjawab (isu yang dimainkan) musuh, dari (bersifat) defensif kepada lebih offensif, (oleh) kerana tidak serang mereka, rakyat anggap mereka suci," katanya lagi.

#PRU15#ismail sabri yaakob#Barisan Nasional#Perikatan Nasional
Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati

Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC)
AWANI Tonight: Batu Puteh RCI: PM dismisses persecution claims against Tun M

AWANI Tonight: Batu Puteh RCI: PM dismisses persecution claims against Tun M

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim clarified that the Royal Commission of Inquiry on the Batu Puteh case was not to target Tun Dr. Mahathir Mohamad, noting that the special task force was formed under Datuk Seri Ismail Sabri's administration.
AWANI Tonight: Indonesia’s Prabowo mulls scrapping regional elections to cut costs

AWANI Tonight: Indonesia’s Prabowo mulls scrapping regional elections to cut costs

Indonesian President Prabowo Subianto suggests doing away with one of the country’s two nationwide elections to cut costs, resembling a model used during the country’s three-decade authoritarian rule.
AWANI Ringkas: Musa Aman bakal TYT Sabah baharu?

AWANI Ringkas: Musa Aman bakal TYT Sabah baharu?

Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Semua pihak perlu berganding bahu bantu mangsa banjir - Nga

Semua pihak perlu berganding bahu bantu mangsa banjir - Nga

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menyeru semua pihak supaya berganding bahu membantu mangsa yang terjejas dengan bencana banjir.
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Tan Li Pei

Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Tan Li Pei

Sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588).
Pasaran getah ditutup bercampur-campur

Pasaran getah ditutup bercampur-campur

Pasaran getah Kuala Lumpur pada Jumaat ditutup bercampur-campur di tengah-tengah aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari

Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari

Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
AWANI 7:45 [13/12/2024] – Laporan RCI Kaji Keputusan Kabinet | Kapasiti 50 Megawatt | Kategori Oku Fizikal 65.2 Peratus | Majoriti Kekayaan Saham Tesla

AWANI 7:45 [13/12/2024] – Laporan RCI Kaji Keputusan Kabinet | Kapasiti 50 Megawatt | Kategori Oku Fizikal 65.2 Peratus | Majoriti Kekayaan Saham Tesla

Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar

Tumpuan #AWANI745 malam ini:

- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM

- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura

- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000

- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion

Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv

#AWANInews
Banjir di Terengganu pulih, di Pahang, Perak, Johor tidak jauh berubah

Banjir di Terengganu pulih, di Pahang, Perak, Johor tidak jauh berubah

Situasi banjir di Terengganu pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Kemaman ditutup pada 2.30 petang tadi.
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM telah dirujuk kepada AGC - Saifuddin Nasution

Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM telah dirujuk kepada AGC - Saifuddin Nasution

PDRM telah menjalankan siasatan sebagaimana laporan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid

UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta  - Asyraf Wajdi

Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi

Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
Fuziah Salleh dilantik Pengerusi PH Pahang baharu

Fuziah Salleh dilantik Pengerusi PH Pahang baharu

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang bagi menggantikan Datuk Seri Amirudin Saari berkuat kuasa 26 Ogos.
Muhyiddin mengaku tidak bersalah pertuduhan sentuh 3R, sebut perkataan menghasut

Muhyiddin mengaku tidak bersalah pertuduhan sentuh 3R, sebut perkataan menghasut

Muhyiddin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri.
Ramanan serah elaun, gaji kepada rumah ibadat sekitar Sungai Buloh

Ramanan serah elaun, gaji kepada rumah ibadat sekitar Sungai Buloh

Ramanan mengotakan janji pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan menyerahkan gaji dan elaun kedua-dua jawatan itu untuk rumah ibadat sekitar Parlimen diwakilnya, hari ini.
Kita guna logo Pas pada PRU15 - Mohd Azizi ulas isu diarah kosong kerusi

"Kita guna logo Pas pada PRU15" - Mohd Azizi ulas isu diarah kosong kerusi

Mohd Azizi yang juga penyandang kerusi DUN Nenggiri berkata dari segi undang-undang, beliau berpandangan Akta Anti Lompat Parti tidak terpakai untuknya.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin

Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin

Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan

Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan

Fuziah Salleh menafikan dakwaan bekalan barangan bersubsidi masih berkurangan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah

Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah

Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).