Naib Presiden UMNO itu berkata biarpun tidak terpilih, ada dalam kalangan mereka masih kekal setia bersama parti dan bersedia memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada PRU15.
"Jasa mereka kita tidak akan lupa lebih-lebih lagi apabila mereka tak dapat bertanding, mereka tidak menentang parti.
"Saya sendiri pun berasa agak kecewa apabila rakan yang merupakan calon boleh menang dan berjasa kepada parti tidak dapat bertanding," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Projek Seksyen Selangau Lebuhraya Pan Borneo Sarawak di sini hari ini.
[LAPOR LANGSUNG] PRU15: 'Zahid jadi PM hanya mainan parti lawan
SEMAK CALON PRU15 MENGIKUT KAWASAN DI SINI
Empat menteri Kabinet UMNO yang tidak dicalonkan semula ialah Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim, Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba serta Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamad Saddique.
Shahidan mengambil keputusan bertanding sebagai calon Perikatan Nasional-Pas untuk mempertahan kerusi Parlimen Arau yang dimenanginya dalam PRU14.
Ditanya jika mereka yang tidak dicalonkan semula dan membuktikan kesetiaan kepada parti akan dilantik memegang peranan penting jika BN menang, Ismail Sabri berkata: "Beri kita kemenangan dulu dan kita akan buat keputusan selepas itu."
-- BERNAMA