KAPAR: Sebuah taman rekreasi yang berfungsi sebagai tempat riadah dan lokasi takungan air perlu diwujudkan di Kapar bagi menangani masalah banjir yang kerap berlaku.

Calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Barisan Nasional (BN) di Kapar, Muhammad Noor Azman berkata, Tasik Shah Alam adalah antara contoh terbaik yang boleh dilakukan di parlimen itu.

"Kita perlu pendekatan baru. Lari pendekatan konvensional iaitu bukan hanya menaik taraf longkang tetapi, mungkin diwujudkan taman rekreasi riadah dan apabila banjir ia berfungsi sebagai takungan air banjir dan dalam masa sama menjadi taman awam," katanya kepada media, selepas melawat penduduk yang terjejas banjir di Taman Daya Maju, Meru di sini pada Sabtu. 

Dalam masa sama katanya, pendekatan itu juga memboleh sebuah taman awam turut diwujudkan di Kapar. 

"Jadi, ia boleh membina taman awam kepada penduduk Kapar, apabila taman rekreasi itu ada dwifungsi," ujarnya lagi. 

Cadangan itu bagaimanapun katanya memerlukan political will dalam memastikan banjir dapat diatasi sepenuhnya.

"Perkara ini memerlukan seorang wakil rakyat dan pemimpin di pihak kerajaan untuk melabur wang secukupnya bagi membina taman rekreasi ini," katanya. 

Tambahnya, pihak berwajib juga seharusnya tidak terlalu berkira mengenai soal keselamatan rakyat dan bersedia untuk menyediakan peruntukan bagi melaksanakan pendekatan baharu itu.


 


BERIKUT KEPUTUSAN PARLIMEN KAPAR PADA PRU14