awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemboja minta Perancis serah bukti sejarah bantu selesai pertikaian sempadan dengan Thailand
FEM 2026: Pendidikan instrumen penyetara kemajuan inklusif - PM
Kebakaran hutan Taman Botani: Pemantauan diteruskan elak kejadian berulang - Bomba
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Lumpuh separuh badan tidak halang sarjan mengundi

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
15/11/2022
03:20 MYT
PRU15: Lumpuh separuh badan tidak halang sarjan mengundi
Azmi ketika tiba di IPK Shah Alam untuk menunaikan tanggungjawab mengundi awal. - Astro AWANI
SHAH ALAM: Seorang anggota polis yang menghidap angin ahmar sebak selepas selesai menunaikan tanggungjawab mengundi awal di Dewan Mes Pegawai Kanan Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Shah Alam pada Selasa.
Sarjan Azmi Abdul Rani, 53, yang bertugas di bahagian trafik IPD Shah Alam tiba di pusat mengundi kira-kira jam 10 pagi.
Beliau dibawa masuk dengan menggunakan kerusi roda ke tempat pengundian.
Sambil mengalirkan air mata, Azmi berkata, beliau sangat sedih apabila terpaksa mengundi dalam keadaan berkerusi roda.
“Saya sedih sangat, dulu saya mengundi dalam keadaan lain, tetapi sekarang saya datang mengundi dalam keadaan tidak upaya kerana OKU,” ujarnya kepada media di luar perkarangan dewan mengundi di sini pada Selasa.
Menurut kakitangan awam ini, beliau mahu mengundi wakil rakyat pilihan mereka dengan bijak.
“Pada anak-anak muda silalah mengundi dengan bijak,” katanya lagi.
Katanya lagi, keadaan seumapama itu tidak sekali-kali menghalangnya untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.
Azmi mengalami strok dan lumpuh separuh badan serta turut menghidap kencing manis dan darah tinggi.
Azmi ketika tiba di IPK Shah Alam. - Astro AWANI
Azmi ketika tiba di IPK Shah Alam. - Astro AWANI
Azmi adalah antara 1,818 anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi kawasan P.108 Shah Alam yang mengundi awal pada Selasa.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Malaysia Memilih
#Azmi Abdul Rani
#OKU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan