awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup kukuh, cecah paras tertinggi dalam tempoh 16 bulan
Tiada pemangkin baharu, sentimen berhati-hati asak ringgit ditutup rendah
Rasuah papan iklan, tanah: Selepas tujuh jam, bekas menteri selesai beri keterangan di SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Muhyiddin yakin jadi PM, miliki sokongan yang mencukupi

Nailah Huda
Nailah Huda
20/11/2022
10:48 MYT
PRU15: Muhyiddin yakin jadi PM, miliki sokongan yang mencukupi
Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan, beliau mempunyai sokongan yang mencukupi untuk membolehkan dirinya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri Ke-10.
KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan beliau mempunyai sokongan yang mencukupi daripada parti dan beberapa Ahli Parlimen untuk membolehkan dirinya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri Ke-10.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Muhyiddin berkata, keyakinan itu diperoleh susulan pertemuan beliau dengan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Pengerusi Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor, hari ini.
Menurut Muhyiddin, kedua-dua pemimpin itu serta “beberapa orang Ahli Dewan Rakyat lain” telah memberi komitmen untuk menyokong beliau sebagai Perdana Menteri.
“Sebagai Pengerusi PN, saya berkeyakinan bahawa saya akan memperolehi bilangan sokongan yang mencukupi daripada Ahli-Ahli Dewan Rakyat yang membolehkan saya dilantik Yang-di Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri Ke-10 sepertimana yang dikehendaki oleh Perlembagaan Persekutuan,” ujar Muhyiddin lagi.
Terdahulu, Abang Johari mengumumkan persetujuan GPS untuk membentuk sebuah kerajaan gabungan bersama PN, Barisan Nasional (BN) dan GRS susulan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang menyaksikan tiada parti memperolehi majoriti mudah.
Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Seri Yong Teck Lee pula ketika ditemui di luar kediaman Muhyiddin mengesahkan bahawa beberapa pemimpin BN turut telah memberi sokongan kepada Pengerusi PN itu.
Muhyiddin, bagaimanapun tidak mengesahkan sokongan pemimpin BN dalam kerjasama berkenaan.
Pada awal pagi Ahad, Muhyiddin menegaskan, pendirian PN untuk tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) yang memperoleh 82 kerusi Parlimen, berbanding PN yang memenangi 73 kerusi pada PRU15.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#PRU15
#Perikatan Nasional
#majoriti sokongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan