awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Pertembungan 'gergasi' tak wajar hasilkan tawaran biasa-biasa - Penganalisis

Israr Khalid
Israr Khalid
02/11/2022
00:45 MYT
PRU15: Pertembungan 'gergasi' tak wajar hasilkan tawaran biasa-biasa - Penganalisis
AHMAD ZAHARUDDIN: Daripada pertembungan gergasi, diharapkan ada ikhtiar dan perjanjian untuk menjadikan kawasan yang direbut itu membangun ke tahap yang lebih daripada biasa.
KUALA LUMPUR: Kawasan yang menjadi pentas pertembungan calon-calon ‘gergasi’ wajar mendapat impak positif yang besar selepas berakhir Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Ini kerana, menurut penganalisis politik Dr Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, calon-calon nama besar sepatutnya hadir dengan tawaran yang bukan biasa-biasa untuk menawan hati pengundi kawasan tersebut.
Maka, beliau mengharapkan idea-idea besar akan menjadi taruhan dan disuntik ke dalam isu-isu tempatan yang mahu dijuarai para calon yang bertanding.
“Kalau kita lihat contoh di Tambun di mana penyandangnya Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu akan bertemu cabaran Datuk Seri Anwar Ibrahim, tenaga antara dua individu ini akan dilihat sebagai siapa yang boleh menyumbang lebih lagi kepada Tambun.
“Jadi, konflik pertembungan di kawasan seperti ini adalah konflik visi dan misi. Visi dan misi siapa yang lebih menarik untuk didendangkan, dijual dan dibeli oleh pengundi,” ujarnya dalam program diskusi Malaysia Memilih pada Selasa.
Daripada pertembungan gergasi seperti dinyatakan, katanya, diharapkan ada ikhtiar dan perjanjian untuk menjadikan kawasan yang direbut itu membangun ke tahap yang lebih daripada biasa.
“Supaya ia menjadi satu deklarasi oleh sesiapa sahaja yang menang nanti untuk mencipta sejarah dan menjadikan Tambun (misalnya) sebagai sebuah pusat antarabangsa,” tambahnya.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Calon PRU15
#Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri
#pertembungan calon gergasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan