Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, keyakinan itu selepas melihat parti BN yang dilanda pergolakan.
Dalam masa sama, parti dalam PN didakwa mempunyai pendapat dan fahaman yang bertentangan terutama antara Pas dan parti Gerakan.
“(PH) tidak (tergugat). Kita lihat keadaan kecamuk dalam BN. Dalam PN pula Pas yang sokong Gerakan yang menentang hudud dan peranan dan ulasan yang sama dia serang DAP.
“Namun, saya lihat Gerakan umpamanya mengeluarkan kenyataan yang jauh lebih keras dan menghina Islam.
“Jadi ini kita akan jadikan ulasan kita untuk menjawab, isu perjudian serta pelbagai hal. Jadi saya tidak fikir ini salah kita,” katanya kepada media selepas melancarkan 10 tawaran utama PH pada PRU15 sini pada Rabu.
Ujarnya, PH kini berada di hadapan parti atau gabungan parti yang lain dalam soal kerusi yang boleh menang pada PRU15.
“Buat masa sekarang, gabungan parti dalam PH sedang mendahului. Apa yang saya boleh rayu ialah kepada pencari sokongan ini memberi kami mandat.
“Jadi kami tidak lagi diugut selepas pilihan raya nanti.
“Kita bebas untuk mentadbir dan selamatkan negara daripada rasuah dan salah guna kuasa,” ujarnya.