awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Polis siasat dakwaan calon PN ceramah berunsur fitnah

Bernama
Bernama
08/11/2022
03:20 MYT
PRU15: Polis siasat dakwaan calon PN ceramah berunsur fitnah
Sebanyak lima laporan polis harian diterima sejak semalam berkaitan PRU dan hanya satu kertas siasatan dibuka setakat ini.
IPOH: Polis Perak membuka kertas siasatan berhubung dakwaan calon Perikatan Nasional (PN) di Dewan Undangan Negeri Gunung Semanggol Razman Zakaria menyampaikan ceramah berunsur fitnah dan berniat jahat terhadap Pakatan Harapan (PH).
Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Laporan polis dibuat oleh seorang lelaki berumur 32 tahun berkaitan rakaman yang tular sejak Ahad lepas mengenai calon N11 PN ketika berceramah didapati mengandungi unsur fitnah dan berniat jahat serta ditujukan kepada kepimpinan PH," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata polis menasihatkan semua penyokong parti supaya mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa serta memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berlangsung terutamanya ketika berkempen.
Baru-baru ini, tular rakaman video menunjukkan Razman yang juga Pesuruhjaya PAS Perak berceramah menggunakan mikrofon di kawasan pasar awam dan membuat beberapa dakwaan mengenai PH.
BACA: PRU15: Amanah Perak gesa polis, SPR siasat ucapan tular Razman
Dalam pada itu, Mohd Yusri berkata sebanyak lima laporan polis harian diterima sejak semalam berkaitan PRU dan hanya satu kertas siasatan dibuka setakat ini.
Katanya polis meluluskan permohonan permit 123 ceramah di seluruh negeri manakala 19 ceramah diadakan tanpa permit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#fitnah
#PRU15
#ceramah
#Malaysia Memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan