awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: 'Selalu di hadapan suarakan derita rakyat' ciapan terakhir Karupaiya sebelum meninggal dunia

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
16/11/2022
09:32 MYT
PRU15: 'Selalu di hadapan suarakan derita rakyat' ciapan terakhir Karupaiya sebelum meninggal dunia
Mendiang dimasukkan ke hospital malam tadi selepas mengadu sakit perut, sebelum meninggal dunia akibat serangan jantung. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Berita pemergian calon PKR bagi kerusi Parlimen Padang Serai, M Karupaiya pastinya menyedihkan khususnya bagi penduduk di kawasan berkenaan.
Lebih memilukan, kurang dua jam sebelum disahkan meninggal dunia, mendiang sempat memuat naik kemas kini terbaharu di Twitter.
Dalam kemas kini jam 12.31 tengah hari itu, mendiang memuat naik video sesi soal jawab di Dewan Rakyat Julai lalu, di mana beliau menyuarakan isu kenaikan harga barang, termasuk barang makanan ruji bagi penduduk kampung seperti ikan kering.
"Selalu di barisan hadapan suarakan derita rakyat," tulisnya pada kapsyen.
Selalu di barisan hadapan suarakan derita rakyat.#DemiPadangSerai#KitaBoleh#AyuhMalaysia pic.twitter.com/880A5Vb1a6
— Karupaiya Mutusami (@KarupaiyaP017) November 16, 2022
Ciapan terakhir Karupaiya itu dipenuhi dengan ucapan takziah, dengan ramai menyifatkan mendiang pemimpin yang fokus bekerja demi rakyat dan tidak memikirkan populariti.
"Walaupun kadang-kadang tak ada like atau retweet, dia tetap update (kemas kini hantaran di media sosial). Dia fokus buat kerja," kata seorang pengguna Twitter.
Terdahulu, berita pemergian mendiang pada jam 2.27 petang yang disahkan oleh anak perempuan beliau, Dippah ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Difahamkan mendiang yang juga penyandang kerusi Parlimen Padang Serai itu dimasukkan ke hospital malam tadi selepas mengadu sakit perut. Kematian beliau disahkan akibat serangan jantung.
Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Karupaiya menang bergaya dengan majoriti 8,813 undi.
Topic Berkaitan
#M Karupaiya
#Padang Serai
#PRU15
#calon meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan