KUANTAN: Teluk Cempedak merupakan antara destinasi pilihan utama apabila pengunjung tempatan dan antarabangsa berkunjung ke Kuantan, Pahang.
Selain menjadi lokasi tumpuan keluarga, anak-anak muda juga tidak kurang meluangkan masa untuk merehatkan minda dan menikmati makanan tempatan di sekitar pantai berkenaan.
Astro AWANI berkunjung ke Teluk Cempedak dalam satu tinjauan untuk melihat aspek pembangunan yang diingini penduduk tempatan dan pengunjung.
Perlu lebih banyak aktiviti air
Bagi Yap Yoke Lan, 41, pengunjung dari Cheras, Selangor, dia mahukan agar lebih banyak aktiviti riadah dapat diperkenalkan di kawasan peranginan itu.
"Teluk Cempedak tidak banyak perubahan juga, kalau boleh ada aktiviti air lagi best macam di Teluk Bahang Pulau Pinang, ada pelbagai aktiviti air tersedia untuk dinikmati.
"Contohnya, bot banana boat dan jet ski semua, restoran makanan segera banyak di sini, tapi mungkin kena tambah tandas awam agar cukup dengan kapasiti pengunjung di sini," katanya.
Bagi Johari Abdullah, 43, yang berasal dari Cherating, Pahang pula kali terakhir beliau datang ke Teluk Cempedak ialah 10 tahun lalu.
"Biasa lah kita bawa budak keluar pantai, kan musim cuti sekolah, tidak selalu juga datang Teluk Cempedak sebab di Cherating pun ada pantai cuma nak tukar angin datang ke sini," katanya.
Peniaga mahu perubahan
Jika diambil kira, banyak perniagaan yang bertapak, seperti restoran makanan segera, kedai gajet, restoran masakan panas, gerai cenderahati serta kedai permainan kanak-kanak.
Namun, di sebalik kemudahan ini, peniaga mahukan penambahbaikan serta promosi bagi menarik lebih ramai pengunjung ke Teluk Cempedak lebih lagi selepas pandemik COVID-19.
"Dari segi fasiliti pembangunan masih tidak cukup. Antaranya kemudahan untuk pengunjung itulah,saya cakap kalau tengok kawasan ini pun sinki tidak disediakan, tong sampah kekurangan, ini untuk keselesaan pengunjunglah," kata peniaga, Joe Fadzli Johari, 27.
Berkongsi sentimen yang sama ialah peniaga, Zahari Mohd Yusuf, 48, yang mahu melihat lebih banyak aktiviti dijalankan di kawasan itu untuk menarik pelancong.
"Banyak pelancong datang ke sini, walaupun kita tahu Teluk Cempedak, di sini tak boleh mandi kerana keadaan lautnya.
"Tapi adakan aktiviti lain, itu pun baik bagi diri saya untuk tarik pelancong datang ke sini. Ada aktiviti kayak, jet ski ke, mudah-mudahan boleh diadakan di sini lah," katanya ketika ditemui penulis.
Ada juga pengunjung yang menzahirkan kebimbangan tentang kawasan parkir yang padat terutamanya pada hujung minggu.
Ini suara dari Teluk Cempedak untuk diangkat kepada wakil rakyat yang bakal dipilih dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) November depan.
Mereka turut mahukan pembaharuan dari sudut fasiliti dan promos agar Teluk Cempedak kembali bernafas seperti era pra-pandemik demi memacu ekonomi setempat.
Fareez Azman
Wed Oct 26 2022
Astro AWANI berkunjung di Pantai Teluk Cempedak, Kuantan bagi mendengar cerita di sebalik lokasi pelancongan ini. - Sumber foto Astro AWANI
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Teluk Cempedak lengang
Tinjauan di pantai peranginan Teluk Cempedak mendapati orang ramai patuh dengan arahan