BAGAN SERAI: UMNO Perak telah menerima senarai 126 calon untuk dipilih bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Senarai itu yang termasuk nama-nama penyandang, akan diperhalusi dan dimuktamadkan oleh ‘top five’ UMNO.
Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, dalam masa yang sama, semua jentera parti telah bersiap siaga untuk menghadapi pilihan raya.
"Macam biasa, kita memang sentiasa siap siaga, dari kita kalah (pada) 2018, kita dah mula set up team kita dan siap siaga sebaik saja saya diarahkan ambil alih Pengerusi Perhubungan Negeri.
"Saya dah mula (sejak) tahun 2018... gerak setiap bahagian, dan adakan mesyuarat. Perhubungan UMNO (juga telah) mewujudkan war room dan semua jentera sudah bekerja keras (sejak) dari 2018," ujarnya.
Saarani ditemui ketika program Mesra Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak di hadapan Sekolah Kebangsaan Dato’ Alaudin, Selinsing, Bagan Serai pada Selasa.
Beliau menjelaskan, walaupun ada di antara penyandang telah menawarkan diri untuk tidak dicalonkan semula, tetapi mengikut tradisi, nama-nama mereka tetap disenaraikan.
Saarani turut membayangkan kemungkinan beliau akan kekal bertanding di kerusi DUN Kota Tampan.
Ia sekali gus menolak desas desus kononnya beliau akan bertanding di Parlimen Larut.
Jelasnya lagi, pemimpin tempatan akan diberi kepercayaan untuk bertanding di kerusi Parlimen itu kerana mereka juga mempunyai bakat kepimpinan.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Oct 11 2022
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad (tengah) menjawab pertanyaan media selepas hadir program Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak di Sekolah Kebangsaan Dato Alaudin, Selinsing hari ini. - Foto BERNAMA
Aidiladha suram, hilang dua anak serentak
Kedua-dua beradik itu cukup rapat antara satu sama lain dan ketika kejadian, Ahmad Firashi masih dalam keadaan demam.
Sembilan orang termasuk kanak-kanak cedera ditembak di Michigan
Sekurang-kurangnya sembilan orang termasuk seorang kanak-kanak berusia lapan tahun cedera dalam insiden tembakan di bandar Rochester Hills, Michigan, Amerika Syarikat.
EURO 2024: Poland tampil tanpa tonggak utama, sedia berdepan Belanda malam ini
Poland dikatakan 'mesti menang' ke atas Belanda sebelum dijadual berdepan Austria pada 21 Jun dan Perancis, empat hari kemudian.
Op Lancar 2024: Hampir 100,000 kenderaan memasuki LPT dalam tempoh dua hari
Sebanyak 91,700 kenderaan menggunakan Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) sepanjang dua hari pelaksanaan Op Lancar Hari Perayaan Aidiladha 2024.
Zii Jia juara Terbuka Australia
Bekas juara All England itu bagaimanapun tidak diberikan laluan mudah seteru di ranking keenam dunia sebelum mengatasi cabaran Naraoka menerusi aksi tiga set 21-19,11-21,21-18.
91,700 kenderaan guna LPT2, meningkat sehingga 60 peratus
Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata sebanyak 91,700 kenderaan menggunakan Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) sepanjang dua hari pelaksanaan Op Lancar Hari Perayaan Aidiladha 2024.
Ibu Menteri Pendidikan selamat dikebumikan
Allahyarham Siti Zalikhah meninggal dunia di Hospital Serdang pada 9.30 pagi tadi dan disahkan oleh Pejabat Menteri Pendidikan menerusi hantaran di laman Facebook Fadhlina.
Tiga syarikat pengangkutan naik harga akan didakwa minggu depan
Tiga syarikat pengangkutan di Melaka yang gagal memberikan penjelasan kewajaran tindakan menaikkan harga perkhidmatan dalam Op Kesan 2.0 yang dilaksanakan sejak 6 Jun lepas bakal didakwa di mahkamah minggu depan.
Tragedi abang maut ditembak di depan mata terus menghantui
Tragedi seorang anggota tentera sukarela Thailand ditembak di depan mata pada April lalu ketika umat Islam masih dalam suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri masih menghantui keluarganya.
Lelaki tikam ibu dengan gunting direman tujuh hari
Lelaki yang dipercayai menikam ibunya hingga maut menggunakan gunting di sebuah pangsapuri di Relau di George Town petang Sabtu direman selama tujuh hari.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan
Fuziah Salleh menafikan dakwaan bekalan barangan bersubsidi masih berkurangan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Akta Parlimen Berpenggal tidak mudah untuk dilaksanakan - Wan Junaidi
Akta Parlimen Berpenggal hanya menjejaskan sedikit kedudukan Perdana Menteri seperti budi bicara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mencadangkan pembubaran Parlimen.
Naratif Islam terancam berjaya tarik undi orang Melayu - Mat Sabu
Naratif Islam terancam dan kedudukan orang Melayu tidak terjamin jika memilih PH menyebabkan beberapa pemimpin utama parti itu tewas pada PRU yang lalu.
Rayuan petisyen pilihan raya Parlimen Masjid Tanah didengar 16 Feb
Rayuan calon BN terhadap keputusan mahkamah menolak petisyen dikemukakannya bagi membatalkan kemenangan Datuk Mas Ermieyati Samsudin pada PRU15 didengar 16 Feb.
Bekas calon Warisan mengaku tidak bersalah tipu urusan pembalakan
Azman Idris, 55, didakwa memperdayakan Chin Yet Lun, 37, dalam urusan pembalakan yang tidak wujud sehingga mangsa menyerahkan wang sebanyak RM171,500 ke dalam dua akaun bank tertuduh.
Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu
Ahmad Faizal berkata, beliau ada suara untuk menentukan calon parti bagi mewakili PN di Perak, termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya.
PM tekad akan terus banteras amalan rasuah dalam pentadbiran
Anwar Ibrahim menzahirkan rasa bangga dengan prestasi yang ditunjukkan kepimpinan Kerajaan Perpaduan dalam menghentikan amalan rasuah serta salah guna kuasa.
Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.