awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EURO 2024: Poland tampil tanpa tonggak utama, sedia berdepan Belanda malam ini

Astro Awani
Astro Awani
16/06/2024
10:10 MYT
EURO 2024: Poland tampil tanpa tonggak utama, sedia berdepan Belanda malam ini
Skuad di bawah bimbingan Michał Probierz itu juga perlu mencari formula baharu kerana akan turun tanpa penyerang mereka Karol Swiderski akibat kecederaan buku lali. -REUTERS
POLAND hadir di bumi Jerman pada perlawanan pembukaan EURO 2024 menentang Belanda malam ini dengan sedikit kekurangan.
Ia susulan beberapa tonggak utama mereka, termasuk kapten Robert Lewandowski tidak beraksi kerana kecederaan pada bahagian paha.
Skuad di bawah bimbingan Michał Probierz itu juga dilihat perlu mencari formula baharu kerana akan turun tanpa penyerang mereka Karol Swiderski akibat kecederaan buku lali.
Dalam saingan pembukaan Kumpulan D itu, pemain tengah Piotr Zielinski akan menggalas tanggungjawab sebagai kapten berikutan ketiadaan Lewandowski.
Begitu pun, Poland yang tidak pernah terlepas Kejuaraan Eropah sejak penampilan sulung pada 2008, yakin mampu mempamerkan rentak cemerlang menentang Belanda.
Lewandowski menjadi penjaring terbanyak Poland dengan 82 gol dalam 150 penampilannya bersama pasukan kebangsaan.
Poland dikatakan 'mesti menang' ke atas Belanda sebelum dijadual berdepan Austria pada 21 Jun dan pasukan pilihan kejohanan Perancis empat hari kemudian.
Namun, Skuad The Orange dibimbing Ronald Koeman juga mempunyai misi besar pada kempen EURO 2024 kali ini - untuk tampil semula selaku kuasa bola sepak dunia.
Untuk rekod, Belanda tidak pernah kalah dalam 12 pertemuan terakhir mereka dengan Poland, dengan kali terakhir pasukan di ranking ketujuh dunia itu tewas kepada Poland pada 1979.
Dapatkan liputan dan kedudukan terkini EURO 2024 di sini
Topic Berkaitan
#Euro 2024
#Poland lawan Belanda
#Aksi pembukaan EURO 2024
#Micha Probierz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan