KUALA LUMPUR: Terdapat dua isu besar yang harus diberikan perhatian serius oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam memperkasakan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) susulan pemansuhan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Menurut Dr Anuar Ahmad dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), salah satunya adalah meningkatkan kebolehpercayaan masyarakat terhadap guru dan tahap integriti mereka dalam melaksanakan PBS.
“Isunya ialah, ibu bapa melihat profesionalisme guru itu di tahap mana?
"Jika ada guru yang memang baik dan hebat serta mempunyai kaedah kemahiran yang melaksanakan pentaksiran berkesan, ibu bapa akan menerima, sebab mereka menghormati guru-guru itu sebagai mempunyai profesionalisme perguruan yang tinggi.
“Salah satu perkara atau agenda besar KPM adalah untuk meningkatkan kepercayaan ibu bapa dan masyarakat kepada profesionalisme perguruan, supaya mereka menghormati apa yang ditafsirkan oleh guru-guru sebagai pentaksiran seorang pakar dan boleh memberikan penilaian yang baik kepada anak-anak mereka,” katanya.
Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan UKM itu berkata demikian dalam Program Awani Pagi yang membincangkan mengenai pemansuhan PT3.
BACA: Pemansuhan PT3 selari dengan trend pendidikan - Anuar Ahmad
Pemansuhan itu diumumkan Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin pada 2 Jun lalu, dengan KPM mengambil pendekatan memperkasakan PBS melalui Ujian Akhir Sesi Akademik.
Mengulas lanjut, Anuar berkata, perkara kedua yang perlu diberikan perhatian oleh KPM adalah berkaitan kemahiran guru dalam melaksanakan PBS dengan berkesan.
“PBS agak berbeza dengan pentaksiran dalam bentuk peperiksaan, kerana pentaksiran bilik darjah ini memerlukan ketelitian, pemantauan dan sikap prihatin guru-guru semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku.
“Guru-guru terpaksa bersedia untuk menilai pelajar, dan dalam masa sama mereka juga perlu mengajar. Jadi, kemahiran melakukan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) ini mesti disediakan KPM kepada guru.
“Dalam masa yang sama, isu bilangan pelajar yang terlalu ramai dalam bilik darjah juga perlu ditangani dengan segera untuk memperkasa PBS,” jelasnya.
Anuar pada masa sama berpandangan, KPM masih teragak-agak untuk melaksanakan PBS sepenuhnya apabila masih mengekalkan pentaksiran secara sumatif yang dijalankan pada akhir tahun.
Katanya, sistem peperiksaan akhir tahun sudah tidak sesuai dengan matlamat pembelajaran pelajar sekolah ketika ini.
"Kita ingin bergerak ke hadapan, ke arah PBS, seperti yang dinyatakan menteri, tetapi pada masa sama, saya lihat KPM teragak-agak untuk melaksanakan PBD sepenuhnya, jadi mereka melaksanakan peperiksaan akhir tahun.
“Jika tanya saya, secara prinsip, kita hanya fokus kepada PBS itu sebagai pentaksiran pelajar, dan apa juga soalan atau ujian yang kita kemukakan dalam kelas itu, (sebagai) pentaksiran untuk mengukur tahap pengetahuan mereka, bukan kita perlu tunggu di hujung tahun.
“Ini kerana, di universiti pun kita tidak ada peperiksaan hujung tahun lagi. Dan setiap semester, tamat satu topik, kita adakan ujian. Sistem peperiksaan tahunan sudah tidak sesuai dengan tujuan dan matlamat pembelajaran kita waktu ini,” ujarnya.
Afiezy Azaman
Tue Jun 07 2022
Anuar berkata, sistem peperiksaan akhir tahun sudah tidak sesuai dengan matlamat pembelajaran pelajar sekolah ketika ini. - Gambar hiasan
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
JBPM peruntuk lebih RM2 juta perkasa pasukan bomba sukarela
Terdapat 367 PBS di seluruh negara dengan lebih 8,000 keanggotaan, setakat Disember lepas.
STAR, PBS tidak mahu terburu-buru bergabung, ingin pastikan kerjasama teratur
Kedua-dua parti ketika ini melihat kepada usaha untuk mengadakan program secara bersama yang mampu membantu rakyat Sabah.
PBS, STAR dijangka tandatangani memorandum kerjasama sebelum Tahun Baru Cina
Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dijangka akan menandatangani memorandum kerjasama yang antara lain bagi memperkukuh Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
PBS, STAR sepakat bincang kerjasama dan persefahaman antara parti
PBS dan STAR mencapai kata sepakat untuk memulakan perbincangan rasmi mengenai usaha mewujudkan persefahaman serta kerjasama antara kedua-dua parti.
PBS tubuh jawatankuasa bincang gabungan parti - Joachim
Jawatankuasa itu akan diketuai Setiausaha Agung parti Datuk Julita Majungki.
Langkah gabung PBS, STAR wajar dipertimbang - Joniston
Sebarang idea atau langkah yang mampu mempromosi perpaduan dan memperkukuh GRS wajar disokong.
UPSR dan PT3 tidak akan dikembalikan buat masa ini - Timbalan Menteri Pendidikan
Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying memaklumkan kepada Dewan Rakyat, kementerian memberi tumpuan kepada pendekatan yang lebih holistik apabila melibatkan pembangunan pelajar.
LDP, PHRS kini komponen GRS - Masidi
LDP dan PHRS menjadi parti terbaru diterima sebagai parti komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS), kata Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun.
JBPM Perak sasar tubuh tujuh PBS Orang Asli tahun ini
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak menyasarkan untuk menubuhkan sekurang-kurangnya tujuh pasukan bomba sukarela (PBS) yang dianggotai masyarakat Orang Asli.
Maximus Ongkili kekal sebagai Presiden PBS
Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Bersatu Sabah (PBS) hari ini sebulat suara mengundi untuk mengekalkan Datuk Seri Maximus Ongkili bagi terus menerajui parti itu sebagai Presiden.