MEKAH: Pujian Arab Saudi tentang kecekapan Malaysia dalam mengendalikan operasi haji adalah sesuatu yang amat bermakna, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.
Menurutnya, rekod kecemerlangan agensi itu tidak hadir begitu sahaja tetapi ia adalah usaha berterusan dengan kerjasama erat antara petugas serta jemaah haji Malaysia.
“Sangat membanggakan apabila Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Taufiq Fawzan Al-Rabiah mengungkapkannya di hadapan barisan pemimpin Islam dari pelbagai negara Islam dan menasihatkan mereka untuk menjadikan Malaysia sebagai contoh terbaik.
“Ia kebanggaan kepada kita. Panel-panel lain juga ada menyebut tentang pengurusan Malaysia dan TH. Apa (kelebihan) yang diberi kepada Malaysia oleh Arab Saudi bukan berlaku begitu sahaja tetapi mestilah berdasarkan merit dan rekod baik,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada Simposium Perdana Haji di sini, Isnin.
Pada musim haji tahun ini, Malaysia diiktiraf sebagai negara pertama yang memperoleh permit pengoperasian hospital di Arab Saudi, menjadi negara pertama yang memilih waktu melontar serta terpilih antara lima negara dalam program Makkah Route.
Sementara itu, Idris yang berucap dalam bahasa Arab sempat berkongsi tentang peranan yang dimainkan TH sejak 59 tahun lepas dan model pengurusan agensi itu.
Beliau juga menyentuh berkaitan kesiapsiagaan TH dalam memastikan kesihatan jemaah berada pada tahap terbaik, pematuhan terhadap arahan kerajaan Arab Saudi serta usaha TH dalam membangunkan aplikasi digital untuk kegunaan jemaah di Tanah Suci.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 05 2022

Idris Ahmad (kiri) mendengar taklimat daripada pegawai Lembaga Tabung Haji mengenai pengurusan haji sebaik tiba di Mekah. - Foto Instagram/Idris Ahmad

Pendidikan | Sektor pendidikan Sarawak tidak jumud - Roland Sagah
Sistem pendidikan di Malaysia kekal di takuk lama. Itu pengakuan Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin. Namun bagi Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Roland Sagah Wee Inn negeri itu terkecuali. kata Roland, sektor pendidikan Sarawak tidak jumud.

PCDS 2030 | Buka peluang pekerjaan sepadan kemahiran belia
Sarawak berada di landasan tepat untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dalam jangka masa panjang. Ia hasil strategi pembangunan pasca COVID-19 Sarawak (PCDS) 2030 yang antara lain mengadaptasi transformasi digital dan memperkasakan peranan pusat kemahiran teknikal.

Kerjasama Pertahanan | Malaysia, Indonesia tandatangan MoU luaskan kerjasama pertahanan
Malaysia dan Indonesia hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi mengukuhkan kerjasama pertahanan, yang merangkumi lima skop utama. Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata mou itu membabitkan perkongsian maklumat mengenai isu pertahanan, kerjasama antara kedua-dua angkatan tentera di pelbagai peringkat termasuk pertukaran pegawai, latihan ketenteraan dan pendidikan.

Telekomunikasi | MOCN percepatkan akses internet
Teknologi Multi-Operator Core Network (MOCN) bakal mempercepatkan akses jaringan internet dan talian telefon ke kawasan pedalaman Sarawak. Melalui teknologi ini, syarikat Telko sedia ada hanya perlu memanfaatkan 600 menara yang sedang di bina di bawah Program Sarawak Multimedia Authority Rural Telecommunication (SMART) sebagai tapak pemancar.

Motivasi | APC beri suntikan semangat, martabatkan MARA
Penghargaan kepada kakitangan yang cemerlang akan menjadi penanda aras dalam memantapkan lagi penyampaian perkhidmatan sesebuah organisasi. Menyempurnakan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) mara 2021, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata ini juga akan beri peluang kepada individu meningkatkan kredibiliti dalam kerjaya masing-masing.

Pelancong Kurang | Peniaga kraf menghitung hari gulung tikar
Berbeza situasinya di Sabah. Kekurangan pelancong yang datang ke negeri itu beri kesan besar kepada golongan peniaga kraftangan. Tinjauan di Pasar Kraftangan Kota Kinabalu, mendapati kebanyakan peniaga bimbang akan situasi ini kerana periuk nasi mereka bergantung kepada pelancong.

Kerjasama Strategik | LPNM dan PFI meterai MoU, perluas penanaman nanas
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Dan Pusaka Food Industry Sdn. Bhd. (PFI) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi mengukuhkan kerjasama dalam perluasan kawasan penanaman nanas dan bidang pembangunan usahawan produk berasaskan tanaman itu.

Industri Pelancongan | Sarawak catat peningkatan lebih 800 peratus
Industri pelancongan Sarawak menunjukkan peningkatan 800 peratus sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini merangkumi ketibaan pelancong dan nilai resit pelancongan dalam negeri. Jumlah keseluruhan pelancong domestik dan antarabangsa turut menyumbang nilai resit pelancongan bernilai RM1.64 bilion.

'Saya sepatutnya berlakon dalam Top Gun bersama Tom Cruise' - Lewis Hamilton
Juara dunia tujuh kali itu memberitahu bahawa dia sangat terdesak untuk mendapat watak dalam filem berkenaan.

UMNO cawangan Taman Kebun Teh terima sumbangan RM10,000 daripada Shahrir - Saksi
Shahrir adalah sumber utama untuk dapatkan bantuan apabila cawangan itu berdepan masalah kewangan, kata saksi.

Pujian Arab Saudi penghargaan sangat besar buat Malaysia - Idris
Pada musim haji tahun ini, Malaysia diiktiraf sebagai negara pertama yang memperoleh permit pengoperasian hospital di Arab Saudi.

Program vaksinasi Indonesia terima pujian WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memuji komitmen Indonesia untuk mempercepat dan mengoptimumkan program vaksinasi nasionalnya sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan pandemik COVID-19.

Big Stage: Bawa lagu Aku Bidadari Syurgamu, Azzam dapat pujian Siti Nurhaliza
Cubaan peserta Big Stage, Azzam Sham menyanyikan lagu Aku Bidadari Syurgamu di pentas akhir Big Stage telah mendapat pujian oleh Siti Nurhaliza.

Pencapaian KKM jadi perhatian masyarakat antarabangsa
Pernah mencatatkan kes aktif COVID-19 dengan kebolehjangkitan sebanyak empat angka pada satu masa, kini jumlahnya berada pada tahap sekitar 100.

BBC kembali menyengat, semangat berpasukan Ronaldo pikat perhatian
Penyokong di Santiago Bernabeu mengejek Benzema apabila gagal memanfaatkan peluang keemasan ketika permainan masih 0-0.