awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Pujuk sampai dapat' - Video abang bomba selamatkan kucing merajuk tular

Salim Aziz
Salim Aziz
21/02/2023
03:47 MYT
'Pujuk sampai dapat' - Video abang bomba selamatkan kucing merajuk tular
Video berdurasi 26 saat itu menunjukkan seorang anggota bomba cuba memujuk kucing berkenaan yang pada awalnya bertindak garang. - TikTok hazmat_king
ALOR SETAR: Gelagat seekor kucing merajuk sewaktu diselamatkan anggota bomba ketika haiwan itu terperangkap di tingkat tiga sebuah bangunan di Shahab Perdana, Jumaat lalu tular di laman sosial.
Video berdurasi 26 saat itu menunjukkan seorang anggota bomba cuba memujuk kucing berkenaan yang pada awalnya bertindak garang.
Kucing berkenaan seakan-akan ‘merajuk’ itu dirakam Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba Ahmad Naufal Abdullah yang kemudian memuat naik kejadian itu di laman tiktok miliknya, @Hazmat_King.
“Pujuk sampai dapat,” katanya melalui kapsyen yang dimuat naik melalui video berkenaan.
Netizen memuji tindakan anggota bomba berkenaan menyelamatkan nyawa, tanpa mengira sama ada misi mereka membabitkan manusia atau haiwan.
Ahmad Naufal ketika dihubungi berkata, anggotanya yang terbabit dalam operasi dalam video itu adalah Pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar, Pegawai Bomba Kanan II Nor Zulkifli Mat Rejab.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.20 petang Jumaat lepas dan bergegas ke lokasi kejadian dengan enam kekuatan anggota.
Sewaktu tiba di lokasi, terdapat seekor kucing tersangkut di tingkat tiga bangunan di kawasan Shahab Perdana, Mergong.
“Anggota bomba terbabit kemudiannya memasang tangga ke bangunan berkenaan serta menangkap kucing dan bawa ia turun ke bawah.
“Operasi menyelamat kucing itu akhirnya berjaya ” katanya.
Video yang tular melalui aplikasi TikTok sejak kelmarin itu meraih ratusan ribu tontonan serta ribuan perkongsian.
Topic Berkaitan
#Tular
#abang bomba
#kucing merajuk
#TikTok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan