awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pukul OKU: PDRM akan panggil pegawai terlibat ke Bukit Aman - KPN

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
31/05/2024
09:46 MYT
Pukul OKU: PDRM akan panggil pegawai terlibat ke Bukit Aman - KPN
Razarudin (foto) berkata, langkah itu diambil bagi memastikan siasatan menyeluruh dilakukan dan semua pihak terlibat dapat memberi keterangan. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil semua pegawai polis yang terlibat dalam insiden anggota pengiring memukul orang kurang upaya (OKU) ke Bukit Aman dalam masa terdekat untuk membantu siasatan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, langkah itu diambil bagi memastikan siasatan menyeluruh dilakukan dan semua pihak terlibat dapat memberi keterangan.
Menurutnya, keutamaan dalam setiap siasatan adalah memastikan tiada pelaku yang terlepas daripada tanggungjawab disebabkan perbuatan mereka.
“Tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi terhadap mana-mana pegawai yang didapati bersalah.
“PDRM komited untuk memelihara integriti dan memastikan bahawa tindakan yang sewajarnya diambil untuk mempertahankan keadilan dan melindungi hak-hak individu yang terjejas, terutama golongan OKU,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Tambah beliau, PDRM sedang menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kes tersebut, berdasarkan perkembangan terbaharu yang diperoleh.
Pada Rabu, media melaporkan seorang pemandu kenderaan e-hailing mendakwa telah dipukul seorang pengawal keselamatan rombongan kenamaan di lobi sebuah hotel ibu negara pada Selasa.
Individu berkenaan, yang juga OKU, kemudiannya telah membuat laporan polis kedua untuk menarik balik laporan polis pertama pada hari yang sama.
Topic Berkaitan
#Bukit Aman
#Razarudin Husain
#pukul OKU
#pemandu e-hailing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan