awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka raih kemenangan besar - Kajian Asahi
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah

Bernama
Bernama
11/02/2025
20:00 MYT
Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah
Mohamad Abdul Hamid semasa kunjungan kepada Prof Dr Salama Gomaa Daoud pada 9 Feb, sempena lawatan kerja rasmi Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak bersama delegasi kerajaan negeri ke Kaherah, Mesir. - Gambar FB MAINPP
GEORGE TOWN: Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) akan mewujudkan Endowment Chair Professor Al-Azhar dalam bidang syariah bagi tujuan kerjasama penyelidikan isu fikah dan syariah yang memberi implikasi kepentingan kepada masyarakat serta umat Islam di negeri itu dan Malaysia.
Yang Dipertua MAINPP, Datuk Mohamad Abdul Hamid berkata, pengwujudan kursi itu dilaksanakan bersama Universiti Al-Azhar dan akan menyampaikan syarahan hasil kajian dengan kerjasama MAINPP dan Jabatan Mufti Pulau Pinang secara tahunan.
Beliau berkata, hasrat itu disuarakan semasa kunjungan kepada Presiden dan Rektor Al-Azhar, Prof Dr Salama Gomaa Daoud pada 9 Feb, sempena lawatan kerja rasmi Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak bersama delegasi kerajaan negeri ke Kaherah, Mesir.
"Pada perbincangan itu, Tun Ahmad Fuzi dan saya menyampaikan hasrat Pulau Pinang melalui MAINPP untuk memperluas dan memperkasakan kerjasama antara Pulau Pinang dengan Universiti Al-Azhar," katanya dalam kenyataan.
Mohamad berkata, mereka turut membincangkan kerjasama MAINPP dan Universiti Al-Azhar untuk menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Al-Azhar secara hibrid di Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang.
Program itu akan melibatkan bidang pengajian Islam meliputi syariah, usuluddin dan bahasa Arab secara 2+2, iaitu dua tahun secara dalam talian dan dua tahun lagi secara fizikal di Universiti Al-Azhar.
Mohamad yang juga Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang berkata, kerjasama itu menjadi bukti komitmen negeri berkenaan mendigitalkan pendidikan di bawah Agenda Pembangunan Agama Islam 2030 (APAI2030) selari dasar negeri pintar dalam Visi Penang 2030.
Beliau berkata, turut dibincangkan ialah kerjasama memperkasakan Bahasa Arab dengan menjadikan Pulau Pinang sebagai hab pengajian bahasa itu untuk mengangkat dan memperkukuh penguasaannya dalam kalangan pelajar KITAB Pulau Pinang dan pelajar negeri itu yang akan melanjutkan pengajian ke Timur Tengah. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#pendidikan
#syariah
#APAI2030
#bahasa Arab
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan