GEORGE TOWN: Meskipun telah mengumumkan untuk tidak membenarkan rumah sewa jangka pendek atau inap desa, kerajaan Pulau Pinang masih terbuka kepada pilihan untuk mengawal selia aktiviti tersebut.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri Yeoh Soon Hin berkata perkara itu akan melibatkan pelbagai agensi seperti Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan pihak berkuasa tempatan.
Beliau berkata rumah sewa jangka pendek atau inap desa telah mewujudkan saingan berat sebelah kepada hotel berlesen yang tertakluk pada peraturan MOTAC, membayar cukai serta yuran hotel.
"Kita akan berbincang dengan kementerian dan agensi terlibat untuk mengadakan peraturan dan undang-undang baharu untuk mengawal selia rumah sewa jangka pendek atau inap desa di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan satu inisiatif bagi merangsang pelancongan negeri "High Fun Penang Project" di sini hari ini.
Bulan lepas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa negeri Jagdeep Singh Deo mengumumkan kerajaan negeri telah bersetuju untuk tidak membenarkan daftar masuk atau check-in di rumah atas tanah serta bangunan tinggi untuk rumah sewa jangka pendek atau inap desa, susulan banyak aduan diterima daripada kumpulan penduduk di pangsapuri, kondominium dan kawasan kediaman.
Bagaimanapun, Yeoh menjelaskan larangan itu hanya dikenakan untuk bangunan tinggi dengan status kediaman yang melarang mereka menyewa secara jangka masa pendek.
Beliau berkata Pulau Pinang berhasrat untuk mengharamkan sesuatu seperti Airbnb, sebuah pasar dalam talian untuk pencarian tempat tinggal sementara, iaitu pangsapuri atau kondominium yang disewa secara jangka masa pendek kepada pelancong.
Yeoh berkata larangan itu tidak akan dikenakan terhadap inap desa berciri kampung yang dibenarkan oleh MOTAC sebagai produk pelancongan dan menambah kerajaan negeri belum memutuskan tarikh penguatkuasaan larangan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 05 2022
Soon Hin berkata, rumah sewa jangka pendek atau inap desa telah mewujudkan saingan berat sebelah kepada hotel berlesen yang tertakluk pada peraturan MOTAC, membayar cukai serta yuran hotel. - Gambar fail
Turkiye sertai Afrika Selatan tuduh Israel di ICJ
Turkiye akan menyerahkan pengisytiharan campur tangan rasmi kepada ICJ dengan objektif membantu mempercepatkan tindakan ke atas Israel.
Asmaa berjalan kaki berjam lamanya demi roti
Situasi di Gaza jauh berbeza dengan tempat-tempat lain. Bangunan musnah, ditambah ketiadaan sumber asas - tempat tinggal, bekalan air serta makanan...pastinya terlintas di fikiran bagaimana kehidupan seharian mereka di saat nyawa sentiasa menjadi ancaman. Menyelami kehidupan masyarakat Palestin di Gaza, ada yang terpaksa berjalan berjam-jam lamanya ke satu tempat untuk mendapatkan alas perut buat keluarga.
'Puluhan ribu gugur terkena mesin perang Zionis'
Masa yang sepatutnya diguna untuk meraikan sambutan Hari Pekerja Sedunia diganti dengan himpunan untuk menunjukkan tanda bersolidariti dengan rakyat Palestin. Itu yang berlaku di Tunisia yang mana ribuan rakyatnya berhimpun di ibu negara Tunis sebagai tanda sokongan terhadap penduduk Gaza dengan memanggil himpunan sebagai 'May Day'.
Lebuh raya runtuh, 24 maut
Menurut CCTV, pihak berkuasa China menghantar kira-kira 500 anggota penyelamat ke lokasi insiden.
TPM yakin produktiviti akan meningkat seiring kenaikan gaji
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin produktiviti dan prestasi penjawat awam akan dilipatgandakan seiring dengan keputusan Kerajaan menaikkan gaji kumpulan itu melebihi 13% bermula 1 Disember ini.
Ancaman bom palsu cetus panik di 100 sekolah di India
Ancaman bom palsu telah mencetuskan panik di sekolah di ibu negara India pada pagi Rabu dengan ibu bapa bergegas membawa pulang anak-anak mereka.
Anak muda bangkit gesa pemimpin buat pendirian tetap
Anak muda mula menunjukkan semangat kebangkitan tatkala dunia masih celaru untuk menghentikan kehilangan nyawa berterusan rakyat Palestin di Gaza. Suara yang diketepi diakhiri dengan protes besar-besar yang menjadi polemik dalam kalangan mahasiswa di Amerika Syarikat ketika ini.
Migran banjiri 'Mount Street' dipindah ke penempatan baharu
200 buah khemah yang digunakan imigran di bandar Dublin dirampas dan dibersihkan dari pemandangan ibu negara Ireland pada pagi Rabu. Imigran yang berlindung di situ kemudian ditempatkan di pusat yang telah disediakan.
TPM yakin produktiviti akan meningkat seiring kenaikan gaji
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin produktiviti dan prestasi penjawat awam akan dilipatgandakan seiring dengan keputusan Kerajaan menaikkan gaji kumpulan itu melebihi 13% bermula 1 Disember ini.
Henti pusing modal lama - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada semua pihak untuk tidak 'memusing' modal lama sepanjang berkempen pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu yang sedang berlangsung, semata-mata untuk mencalarkan imej UMNO dan Barisan Nasional.
Kanak-kanak lemas di homestay milik keluarga
Seorang kanak-kanak perempuan ditemui lemas ketika bermandi manda di kolam renang sebuah inap desa (homestay) di Kampung Pulai, Merlimau pada Ahad.
KPKT sedia bentuk garis panduan untuk inap desa
Garis panduan yang jelas akan memudahkan pengusaha inap desa menjalankan aktiviti yang tidak menjejaskan ketenteraman masyarakat setempat.
KPLB bantu promosi inap desa seluruh negara
Usaha promosi itu juga antara lain bagi membantu dan memulihkan semula inap desa yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Polis minta mangsa penipuan tempahan rumah inap buat laporan
Hasrat beberapa pelancong untuk bercuti ke Terengganu terbantut selepas mendapati lokasi rumah inap yang ditempah sebenarnya tidak wujud.
Pulau Pinang cadang kawal selia rumah sewa jangka pendek, inap desa
Meskipun telah mengumumkan untuk tidak membenarkan rumah sewa jangka pendek atau inap desa, kerajaan Pulau Pinang masih terbuka kepada pilihan untuk mengawal selia aktiviti tersebut.
'Homestay' jadi makmal proses dadah diserbu, pakar masak heroin ditahan
Polis turut menahan sepasang suami isteri berusia 40 dan 50 tahun serta lelaki berusia 54 tahun yang juga tukang masak dadah.
17 termasuk remaja perempuan 16 tahun ditahan terlibat parti liar
Polis menahan 17 individu termasuk dua remaja bawah umur kerana menyertai parti liar di sebuah inap desa di Kuala Nerus, tengah malam semalam.
Pelancongan dalam negeri dibenarkan di negeri Fasa 2 dan seterusnya bagi individu lengkap divaksin - PM
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata aktiviti pelancongan tersebut melibatkan penetapan di homestay dan juga hotel.
Lelaki mabuk mengamuk, tikam warga emas hingga mati
Suspek berusia 35 tahun itu ditahan semasa duduk di kaki lima sebuah kedai di Jalan Pinang 1 pada jam 4.15 petang.
Enam sekeluarga sesat lima jam di Bukit Penunjuk ditemukan selamat
Difahamkan, keluarga itu tinggal di Pahang dan datang ke sini melawat kebun, kira-kira pukul 11 pagi mereka ingin balik ke 'homestay' namun gagal menemui jalan keluar.