GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang merancang menjalankan lima projek perintis Pembaharuan Semula Bandar (PSB) dalam usaha meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, projek berkenaan akan memanfaatkan 6,020 keluarga di negeri itu dan penyediaan perumahan merupakan antara komponen penting dalam mewujudkan institusi keluarga yang sejahtera serta selamat.
"Menerusi aspirasi Visi Penang 2030, kerajaan negeri cuba menangani isu kemampuan dan kepelbagaian perumahan. Antara sasaran yang ditetapkan ialah 3,000 keluarga mendapat faedah PSB, namun selepas meneliti kembali, dianggarkan seramai 6,020 keluarga akan mendapat manfaat daripada projek tersebut.
"PSB di Pulau Pinang melibatkan lima projek iaitu masing-masing satu di daerah Barat Daya, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Utara manakala dua di Timur Laut," katanya kepada pemberita selepas melancarkan projek PSB Mahsuri di Bayan Baru, dekat sini, pada Isnin.
Turut hadir Pengerusi Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar negeri, Jagdeep Singh Deo; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Sayuthi Bakar dan Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin.
Chow berkata, sebanyak RM700 juta diperuntukkan untuk projek PSB Mahsuri yang melibatkan 300 pemilik asal dengan 1,480 kediaman baharu akan dibina di situ serta mengandungi lima blok melibatkan pembangunan berstrata atau milikan individu.
Beliau berkata, fasa satu PSB Mahsuri telah bermula Mei lepas dan dijangka siap pada April 2028 manakala fasa dua akan bermula pada 2027 serta dijangka siap 2032.
"PSB Mahsuri adalah sebahagian daripada kelulusan Kerajaan Pulau Pinang berkaitan Rancangan Pelan Induk 2021-2025 Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP) mengandungi 14 projek iaitu sembilan projek rumah mampu milik (RMM) dan lima PSB," katanya.
Menurut Chow, projek rumah ganti itu akan disiapkan terlebih dahulu sebelum penduduk asal yang tinggal di rumah pangsa di sini dipindahkan ke blok perumahan baharu dan seterusnya rumah pangsa asal akan dirobohkan untuk pembangunan fasa kedua yang melibatkan komponen lain.
"PSB ini akan menggantikan satu rumah kepada satu rumah iaitu rumah ganti ini adalah RMM yang berkeluasan 850 kaki persegi dengan kemudahan dua bilik mandi dan lain-lain berbanding keadaan sekarang," katanya.
Chow berkata, berdasarkan landskap perumahan sekitar Bayan Baru dan Mahsuri, terdapat banyak lagi skim perumahan kos rendah berstrata yang berpotensi untuk fasa seterusnya. - BERNAMA
Bernama
Mon Jun 19 2023
Chow Kon Yeow (tengah) berkata, fasa satu PSB Mahsuri telah bermula Mei lepas dan dijangka siap pada April 2028 manakala fasa dua akan bermula pada 2027 serta dijangka siap 2032. - Gambar Facebook Chow Kon Yeow
YTL umum Model Bahasa Raya 'Ilmu', terajui model lain dalam bahasa Malaysia
Melalui laman rasmi, Ilmu 0.1 turut dikatakan telah melepasi ujian PT3 dan juga SPM dalam bahasa Melayu.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
Ketua Menteri Pulau Pinang bercuti mulai hari ini hingga 6 Dis
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow akan bercuti ke China mulai hari ini hingga 6 Dis.
Penubuhan SFZ di Pulau Pinang masih dikaji, rangka kerja akan dibentang kepada MMK - Chow
Prospek penubuhan Zon Kewangan Khas (SFZ) di Pulau Pinang sebagai enjin pertumbuhan masih di peringkat kajian oleh Penang Institute (PI), kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji Disember ini
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran bonus akhir tahun sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri ini.
Gangguan bekalan air, harga tanah perindustrian antara cabaran kerajaan Pulau Pinang
Kekerapan gangguan bekalan air, harga tanah perindustrian yang tinggi dan kekurangan bakat antara cabaran dihadapi kerajaan negeri untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai Lembah Silikon Timur.
Pulau Pinang digesa laksana aktiviti bernilai tinggi untuk kekal kompetitif - Chow
Chow berkata pelaksanaan itu bagi memastikan Pulau Pinang terus berdaya saing dalam pasaran semikonduktor global.
Pembinaan CLQ perlu patuhi garis panduan - Chow
Terdapat garis panduan yang membenarkan pembinaan penginapan pekerja berpusat (CLQ) bagi pekerja warga asing, namun ia tertakluk kepada pematuhan oleh pihak pemohon bagi projek itu.
Pulau Pinang tumpu kepada pengurusan sisa dan proses kitar semula - Chow
Chow Kon Yeow berkata pengurusan sisa buangan telah menjadi masalah ketara di Malaysia selama beberapa dekad.
Projek Lebuh Raya Bertingkat Juru-Sungai Dua mula tahun depan - Chow
Lebuh Raya Bertingkat Juru-Sungai Dua antara beberapa inisiatif utama untuk Pulau Pinang yang diumumkan oleh Anwar dalam Bajet 2025 pada 18 Okt lepas.
Jauhi pantai, elak aktiviti laut di Pulau Pinang ketika fenomena air pasang besar - Chow
Kon Yeow berkata walaupun keadaan masih terkawal, namun pihaknya tidak dapat menjangkakan situasi dalam tempoh dua hari lagi.
Draf Rancangan Tempatan di Pulau Pinang dijangka diwartakan tahun depan
Draf Rancangan Tempatan Seberang Perai oleh MBPP telah siap manakala untuk bahagian pulau oleh MBPP dijangka siap hujung tahun ini.