awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pulau Pinang siap siaga hadapi bencana susulan hujan lebat, angin kencang

Bernama
Bernama
11/04/2024
05:30 MYT
Pulau Pinang siap siaga hadapi bencana susulan hujan lebat, angin kencang
MBPP memaklumkan sebanyak 13 lokasi dilaporkan mengalami bencana pokok tumbang dan dahan-dahan pokok besar patah berikutan hujan lebat dan angin kencang di kawasan Timur Laut dan Barat Daya Pulau Pinang di sini, semalam.
GEORGE TOWN: Pasukan Pengurusan Bencana Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bersiap siaga menghadapi sebarang bencana berikutan cuaca tidak menentu sejak semalam.
MBPP dalam kenyataan memaklumkan pasukan pengurusan bencana tersebut terdiri anggota Jabatan Landskap, Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Perkhidmatan Perbandaran, Jabatan Kejuruteraan dan Bahagian Pengurusan Aduan MBPP.
MBPP memaklumkan sebanyak 13 lokasi dilaporkan mengalami bencana pokok tumbang dan dahan-dahan pokok besar patah berikutan hujan lebat dan angin kencang di kawasan Timur Laut dan Barat Daya Pulau Pinang di sini, semalam.
"Antara lokasi yang dilaporkan adalah Jalan Brown, Lebuh Union, Kampung Rawa (Off Jalan Patani), Halaman York, Jalan Thomas (Bukit Dumbar), Tingkat Batu Uban 3, Mutiara Perdana, Hilir Pemancar, Lorong Erskine, Sungai Dua, Pesara Mahsuri, Medan Fetter dan Batu Feringghi.
"Kerja-kerja memotong, mengalih dan membersih sebahagian besar kawasan terlibat telah selesai dilaksanakan manakala kawasan yang memerlukan peralatan dan jentera besar akan diuruskan secepat mungkin," menurut kenyataan itu.
MBPP turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam yang turut membantu melaksanakan kerja-kerja memotong, mengalih dan membersihkan kawasan terlibat.
Orang ramai boleh menghubungi hotlina MBPP di talian 04-263 7000 atau 016-2004082 (WhatsApp) bagi sebarang aduan mengenai pokok tumbang, tanah runtuh dan sebagainya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pulau pinang
#bencana alam
#cuaca tidak menentu
#ribut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan