SUNGAI BAKAP: Kerajaan Pulau Pinang menolak tawaran Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk menjual bekalan air bersih bagi mengatasi isu air yang berlaku di Nibong Tebal khususnya di kawasan Sungai Bakap.
Sebaliknya Ketua Menteri, Chow Kon Yeow mengingatkan kembali Muhammad Sanusi agar terlebih dahulu menjaga negerinya yang masih banyak kawasan berdepan masalah bekalan air.
Kon Yeow mengakui Pulau Pinang sedang berdepan cabaran air di beberapa kawasan tertentu namun pada keseluruhannya beliau berkata, pembekalan air masih terjamin keselamatannya.
"Kita akui di Pulau Pinang (berdepan masalah air) disebabkan peningkatan ekonomi industri dalam beberapa tahun ini, kita memang menghadapi cabaran pembekalan yang mencukupi setiap masa.
"Ini kerana permintaan sudah meningkat dengan mendadak, lagi pun kita ada kadar tarif yang paling rendah dan kadar penggunaan yang paling tinggi dalam negara, jadi kita perlu memahami cabaran ini," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Perpaduan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap, di sini semalam.
Pengerusi DAP Pulau Pinang itu berkata, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) sudah pun melaksanakan lapan projek untuk memastikan bekalan air dapat dipulihkan di semua kawasan yang terkesan termasuk di sebahagian Sungai Bakap menjelang 2028.
Selain itu katanya, kerajaan negeri juga sudah mempunyai rancangan membina Loji Rawatan Air (LRA) di tepi Sungai Muda malah satu lagi LRA di Sg Dua juga akan siap pada September ini.
"Kita akui ada cabaran tapi kita tidak elak dari tanggungjawab sehingga Ketua Menteri yang juga Pengerusi PBAPP berani membincangkan isu air ini di Sungai Bakap pada malam ini.
"Kalau orang lain mungkin tak berani mai sampai Sungai Bakap untuk menghadapi rakyat yang terkesan dengan masalah air di negeri ini. Tetapi kita tak akan lari dari tanggungjawab.
"Apabila ada masalah kita mencari ikhtiar, mencari penyelesaian dan melaksanakan projek-projek untuk menambah baik bekalan air, bekalan elektrik, perkhidmatan IWK dan juga projek-projek jalan untuk mengatasi masalah lalu lintas di negeri ini," katanya lagi.
Pada Ahad, Sinar Harian melaporkan kerajaan negeri Kedah sedia menjual bekalan air bersih kepada Pulau Pinang bagi mengatasi isu air yang membelenggu penduduk Nibong Tebal sejak sekian lama khususnya di kawasan Sungai Bakap.
Menteri Besar Kedah berkata, pihaknya mempunyai lebihan air bersih di LRA Lubuk Buntar dan bersedia untuk disalurkan ke negeri ini sekiranya kerajaan negeri Pulau Pinang ingin membeli.
Menurutnya, sebagai negeri maju yang mempunyai pelan khas 'The Greater Penang' dari Kerajaan Persekutuan sejak sekian lama, tidak sepatutnya Pulau Pinang berdepan dengan masalah air.
Sementara itu, Kon Yeow turut mendakwa Pengarah Pilihan Raya Pas itu sengaja memainkan sentimen perkauman walaupun dalam isu air di negeri ini
Beliau turut mengingatkan kepada penduduk Sungai Bakap supaya menolak kempen yang berbaur hasutan, menyentuh sensitiviti agama dan perkauman.
"Saya dimaklumkan ketika beliau berada di Sungai Bakap pada pelancaran jentera PN Sabtu lalu antara ucapan yang disentuh ialah mengapa isu kekurangan bekalan air, kurang tekanan air berlaku di Sungai Bakap iaitu satu kawasan yang majoriti Melayu dan bukannya di Tanjong.
"Kita semua tahu dalam masalah air ini ia bukan isu perkauman tetapi mereka sengaja nak mainkan," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jun 09 2024
Chow (empat, kiri) bersama pimpinan Perpaduan ketika Majlis Pelancaran Jentera Perpaduan Pilihan Raya Kecil Sungai Bakap, semalam. - Foto Sinar Harian
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Pulau Pinang muncul hab pelancongan perubatan di Asia Tenggara
Pulau Pinang menawarkan gabungan antara penjagaan perubatan berkualiti dan sebagai destinasi pelancongan yang menarik.
Ketua Menteri Pulau Pinang bercuti mulai hari ini hingga 6 Dis
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow akan bercuti ke China mulai hari ini hingga 6 Dis.
Penubuhan SFZ di Pulau Pinang masih dikaji, rangka kerja akan dibentang kepada MMK - Chow
Prospek penubuhan Zon Kewangan Khas (SFZ) di Pulau Pinang sebagai enjin pertumbuhan masih di peringkat kajian oleh Penang Institute (PI), kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji Disember ini
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran bonus akhir tahun sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri ini.
Gangguan bekalan air, harga tanah perindustrian antara cabaran kerajaan Pulau Pinang
Kekerapan gangguan bekalan air, harga tanah perindustrian yang tinggi dan kekurangan bakat antara cabaran dihadapi kerajaan negeri untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai Lembah Silikon Timur.
Pulau Pinang digesa laksana aktiviti bernilai tinggi untuk kekal kompetitif - Chow
Chow berkata pelaksanaan itu bagi memastikan Pulau Pinang terus berdaya saing dalam pasaran semikonduktor global.
Pembinaan CLQ perlu patuhi garis panduan - Chow
Terdapat garis panduan yang membenarkan pembinaan penginapan pekerja berpusat (CLQ) bagi pekerja warga asing, namun ia tertakluk kepada pematuhan oleh pihak pemohon bagi projek itu.
Pulau Pinang tumpu kepada pengurusan sisa dan proses kitar semula - Chow
Chow Kon Yeow berkata pengurusan sisa buangan telah menjadi masalah ketara di Malaysia selama beberapa dekad.
Projek Lebuh Raya Bertingkat Juru-Sungai Dua mula tahun depan - Chow
Lebuh Raya Bertingkat Juru-Sungai Dua antara beberapa inisiatif utama untuk Pulau Pinang yang diumumkan oleh Anwar dalam Bajet 2025 pada 18 Okt lepas.
Jauhi pantai, elak aktiviti laut di Pulau Pinang ketika fenomena air pasang besar - Chow
Kon Yeow berkata walaupun keadaan masih terkawal, namun pihaknya tidak dapat menjangkakan situasi dalam tempoh dua hari lagi.