awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pulau Redang, Pulau Perhentian bakal nikmati elektrik 24 jam

Sinar Harian
Sinar Harian
22/09/2022
00:45 MYT
Pulau Redang, Pulau Perhentian bakal nikmati elektrik 24 jam
Pulau Perhentian bakal nikmati bekalan elektrik secara 24 jam dalam tempoh tiga tahun lagi. -Gambar fail/Bernama
KUALA TERENGGANU: Penduduk dan pengusaha pelancongan di Pulau Redang serta Pulau Perhentian bakal menikmati bekalan elektrik selama 24 jam dalam tempoh tiga tahun lagi.
Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Terengganu, Ariffin Deraman berkata, projek Pulau Tenaga Hijau itu akan dimulakan tidak lama lagi dan dijangka siap pada tahun 2025 bagi memberi kemudahan kepada penduduk di sana.
“Projek ini akan memberi sumber bekalan tenaga kepada hampir 600 pengguna domestik, 70 pengusaha hotel, resort dan chalet, 47 pengguna komersial iaitu sekolah, rumah kedai, masjid, klinik dan kedai makan di dua pulau itu.
“Sebelum ini, penduduk Pulau Perhentian dan Pulau Redang mendapat bekalan elektrik selama 12 jam dan pada waktu selebihnya mereka menggunakan generator,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.
Menurutnya, cadangan sistem pembekalan elektrik 24 jam ke dua pulau peranginan popular tersebut oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah diluluskan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) pada 6 Julai lalu.
Ariffin berkata, kerajaan negeri memahami situasi dialami pengguna terutama pengusaha hotel dan resort di kedua-dua pulau peranginan tersebut dan kelulusan projek bekalan elektrik selama 24 jam itu memberi kelegaan.
Katanya, kerajaan sedaya-upaya mahu menyegerakan projek itu, difahamkan lebih 20 tahun pihak berkaitan memohon sumber tenaga elektrik secara 24 jam.
“Akhirnya apa yang diharapkan hampir terlaksana apabila KeTSA sudah meluluskan projek.
“Difahamkan terdapat beberapa kekangan projek ini tidak dapat disegerakan, termasuk kos projek yang terlalu tinggi kerana kabel fiber optik perlu melalui dasar laut sepanjang 21 kilometer di Pulau Perhentian,” katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Pulau Perhentian
#Pulau Redang
#bekalan elektrik secara 24 jam
#Ariffin Deraman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan