awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Manfaat digitalisasi perlu inklusif, dirasai semua - Gobind
Lelaki disyaki bakar rumah abang ipar ditahan
Agong berkenan terima menghadap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Pulau Sibuan dibuka semula Rabu ini

Bernama
Bernama
13/01/2025
21:30 MYT
Pulau Sibuan dibuka semula Rabu ini
LIEW: Tujuan pihak TTS bertindak menutup sementara Pulau Sibuan daripada sebarang aktiviti pelancongan serta-merta adalah untuk memastikan keselamatan pelawat dan staf yang bertugas di pulau tersebut terjamin. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA KINABALU: Pulau Sibuan yang ditutup sementara sejak 7 Jan susulan penemuan bom lama tinggalan Perang Dunia Kedua, dibuka semula pada Rabu ini selepas semua langkah keselamatan selesai dilaksanakan.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Christina Liew berkata bom lama atau unexploded ordnance (UXO) itu berjaya dimusnahkan penyelam ranjau Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Sabtu lepas.
"Pulau Sibuan akan dibuka semula kepada pelancong pada 15 Jan sebaik sahaja pihak polis dan pasukan keselamatan serta Taman-Taman Sabah (TTS) selesai membuat kerja-kerja pembersihan dan penggumpulan sisa-sisa bom," katanya dalam kenyataan semalam.
Liew berkata penutupan sementara pulau tersebut bermula apabila dua Pengawal Pantai TTS yang bertugas di Pulau Sibuan menjumpai objek menyerupai sebutir bom lama ketika melakukan aktiviti pemantauan dan pembersihan kawasan snorkeling di Pulau Sibuan.
"Pengurus taman, Taman Marin Tun Sakaran telah dimaklumkan mengenai penemuan tersebut dan laporan polis telah dibuat pada hari yang sama. Pegawai Penempatan Pos Pulau Sibuan 10 RAMD, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga telah dimaklumkan tentang perkara tersebut.
"Tujuan pihak TTS bertindak menutup sementara Pulau Sibuan daripada sebarang aktiviti pelancongan serta-merta adalah untuk memastikan keselamatan pelawat dan staf yang bertugas di pulau tersebut terjamin," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pulau Sibuan
#Christina Liew
#bom lama
#taman-taman sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.