YAN: Keindahan alam semula jadi dengan flora dan fauna yang belum diterokai sepenuhnya menjadikan Pulau Songsong di sini sebagai antara destinasi yang diberi tumpuan Tourism Malaysia bagi merancakkan kembali aktiviti pelancongan di daerah ini khususnya dan Kedah amnya.
Pengurus Kedah Tourism, Nor Azlan Fitri Abd Razak berkata menyedari potensi dimiliki pulau kecil yang tidak berpenghuni itu, pihaknya dengan kerjasama Majlis Daerah Yan (MDY) akan menaik taraf pelbagai kemudahan sesuai bagi 'menyambut' kehadiran pelancong.
"Kita akan melakukan kerja menaik taraf kemudahan asas seperti tandas dan surau di Pulau Songsong yang akan dilakukan dalam masa terdekat dan dijangkakan siap sepenuhnya pada penghujung tahun ini.
"Dataran di Pulau Songsong ini juga akan dibina dengan kemudahan lampu di sekelilingnya dan MDY juga difahamkan akan menempatkan kakitangan di pulau itu untuk menjaga kebersihan pulau dan keselamatan pengunjung," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Pakej Pelancongan ke Daerah Kuala Muda dan Yan Pasca PKP, di sini, pada Khamis.
Majlis turut dihadiri Timbalan Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Utara M. Yoganthiran.
Turut diadakan aktiviti gotong-royong membersihkan pulau berkenaan anjuran Tourism Malaysia dengan kerjasama MDY, Komuniti Bot Pulau Songsong dan ejen pelancongan MLS Travel and Tours.
Sementara itu, Yoganthiran berkata Pulau Songsong menjadi salah satu destinasi pelancongan yang tersenarai di dalam pakej pelancongan yang baharu diperkenalkan itu selain beberapa destinasi yang ada di daerah ini dan Kuala Muda.
Katanya, pakej pelancongan yang dilancarkan dengan kerjasama MLS Travel and Tours itu bertujuan menyemarakkan semula sektor berkenaan yang terjejas teruk ekoran penularan COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Pelancaran pakej pelancongan ini menunjukkan Kedah telah bersedia menerima kunjungan pelancong dan bersedia menawarkan pelbagai pakej dan tawaran menarik bagi pelancong melawat negeri ini," katanya.
Pengarah Urusan MLS Travel and Tours Ng Kooi Wei pula berkata terdapat lebih 10 destinasi pelancongan menarik yang ditawarkan menerusi pakej pelancongan itu antaranya Sungai Batu, Muzium Arkeologi, Gunung Jerai dan Tanjung Dawai selain Pulau Songsong, Pulau Bidan serta Pulau Telur.
"Kita jangkakan selepas PKP ini, lebih ramai lagi akan datang ke pulau ini selain destinasi lain...buat masa ini pelancong hanya terdiri daripada rakyat Kedah," katanya.
Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!
Bernama
Sat Apr 10 2021
Pulau Songsong kaya keindahan alam semula jadi dengan flora dan fauna yang belum diterokai sepenuhnya. - Bernama
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
Pulau Songsong antara destinasi diberi tumpuan rancakkan kembali pelancongan Kedah
Pulau Songsong kaya keindahan alam semula jadi dengan flora dan fauna yang belum diterokai sepenuhnya.