Semangat ahli-ahli UMNO perlu dipulihkan dengan keyakinan bahawa parti itu masih relevan dan menjadi teras kepada penyatuan orang Melayu di negara ini.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, ahli UMNO dinasihat tidak mudah terpedaya dengan sogokkan persepsi dan tohmohan dibuat terutama menerusi laman-laman sosial.
"Ini semua propaganda jahat pihak tertentu untuk menghancurkan UMNO," tegasnya dalam catatan terbaharu di laman blognya.
Jelasnya, hanya berbekalkan keyakinan dan semangat kental perjuangan UMNO akan terus menjuarai kepentingan orang Melayu dan umat Islam.
"UMNO perlu dipertahankan biarpun mutakhir ini menyaksikan seolah-olah seperti berlaku krisis kepimpinan. UMNO perlu kekal berkuasa bagi memastikan kesinambungan perjuangan orang Melayu kekal terbela.
"Orang Melayu khususnya akan terpinggir jika pakatan pembangkang dan mereka yang berkepentingan menguasai negara ini.
"Saya bimbang orang Melayu akan datang bukan lagi seperti orang Melayu sekarang, kemungkinan nasib menjadi buruk jika bukan lagi UMNO yang memerintah negara ini," ujarnya.
Katanya lagi, semua pihak perlu mengakui kedudukan orang Melayu dan umat Islam di negara ini menjadi kuat hasil daripada perjuangan UMNO.
Syed Ali bagaimanapun menjelaskan, kadangkala ahli-ahli parti turut terpedaya dengan sogokkan persepsi negatif dilakukan pihak tertentu untuk meruntuhkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi.
Beliau turut menyelar sesetengah pihak dalam parti yang dilihat seolah-olah sengaja membiarkan berlakunya jurang sesama pemimpin.
Golongan ini tegas beliau, mengambil kesempatan di atas kecelaruan dan kekusutan politik yang melanda UMNO untuk memuaskan agenda peribadi.
"Kita tidak boleh nafikan berlaku sedikit pertelingkahan pendapat, tetapi itu tidak mewajarkan semangat perjuangan ahli-ahli parti menjadi lemah.
"Penggantian pemimpin merupakan proses biasa dan silih berlaku dalam UMNO tetapi parti perlu dipertahankan," katanya.
Beliau tidak menolak kemungkinan berlaku sedikit rasa tidak puas hati kepada sesetengah pihak dalam parti.
"Memang akan ada yang gelisah dan kecewa, tetapi kita perlu kembali kepada semangat kekeluargaan UMNO yang selama ini menjadi kunci kepada kekuatan orang Melayu.
"Kita tidak boleh menjadi lemah, dalam perjuangan akan ada badai dan cabaran, kita kena cekal dan tabah. Ini mungkin ujian getir kepada ahli-ahli UMNO.
"Semua peringkat kepimpinan parti perlu segera membetulkan keadaan dan mencari jalan untuk menjernihkan kekusutan yang berlaku.
"Pemimpin juga kena lihat kepada ahli-ahli di peringkat akar umbi, semangat dan keyakinan mereka perlu dipertahankan," ujarnya.
Tambah beliau, pergeseran sesama pemimpin parti jika dibiarkan berterusan hanya menggusarkan rakyat.
"Selagi UMNO keroh, ia akan memberi kesempatan kepada golongan berkepentingan untuk melakukan serangan terhadap parti.
"Musuh UMNO sentiasa bersiap-sedia untuk melemahkan perpaduan dan kekuatan parti dalam usaha mereka menjatuhkan kerajaan pilihan rakyat," katanya.
Menurut Syed Ali, pihak berkepentingan termasuk parti-parti pembangkang hanya menunggu masa untuk meranapkan kekuatan UMNO.
"Mereka akan lakukan apa sahaja bagi menghakis keyakinan rakyat terhadap UMNO.
"Serangan fitnah, propaganda dan provokasi akan diperhebatkan oleh pihak tertentu bagi melemahkan semangat juang ahli-ahli UMNO," jelasnya.
Astro Awani
Thu Sep 10 2015
SYED ALI: 'Pulihkan semangat ahli UMNO untuk parti kekal relevan' - Gambar fail
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Tindakan tataterbib dikenakan jika penguatkuasa langgar SOP
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata sebarang pelanggaran Prosedur Atau Operasi Standard (SOP) dan kod etika oleh pegawai penguatkuasa agama ketika mengendalikan operasi khalwat boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Pensijilan halal: Perlu ada kajian lebih mendalam, menyeluruh - PRESMA
Kerajaan harus menyuntik kesedaran dan galakan kepada pemegang taruh terlebih dahulu sebelum mewajibkan pelaksanaan tersebut.
Malaysia belum merdeka, rakyat 'dijajah' kerajaan - Dr Mahathir
Rakyat tidak bebas bersuara dan mengkritik kerajaan dalam banyak hal termasuk membabitkan 3R.
Wujudkan ‘Team Sukses UMNO’, kembalikan kegemilangan parti – Tok Mat
Tok Mat berkata, Team Sukses UMNO harus dipacu dari satu sahaja pusat kawalan dan mesti disambut oleh semua di pelbagai negeri, bahagian.
INSKEN kerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri bantu usahawan asnaf - Ewon
INSKEN telah bekerjasama dengan beberapa Majlis Agama Islam Negeri bagi membantu usahawan asnaf melalui pelaksanaan program pembangunan latihan keusahawanan.
Pengajian bahasa dan peradaban Melayu harus diperluas ke seluruh Asia Tenggara - Ismail Sabri
Ismail Sabri berharap cadangan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN diteruskan.
Naratif Islam terancam berjaya tarik undi orang Melayu - Mat Sabu
Naratif Islam terancam dan kedudukan orang Melayu tidak terjamin jika memilih PH menyebabkan beberapa pemimpin utama parti itu tewas pada PRU yang lalu.
Isu Perdana Menteri bukan Melayu sengaja dimainkan - Mat Sabu
Perkara itu seharusnya bukan perkara yang perlu dibimbangi, namun, sengaja dibangkitkan untuk menimbulkan spekulasi.
Tok Mat akui UMNO masih jauh raih kembali kepercayaan orang Melayu
Mohamad berkata, walaupun parti tersebut menonjolkan seorang pahlawan bangsa dengan rekod perkhidmatan yang sangat cemerlang namun mereka tetap tewas.
Politik tidak akan stabil selagi Melayu tak bersatu - Annuar
Melayu sebagai kaum majoriti mesti menjadi teras atau tapak utama dalam landskap politik Malaysia yang mempunyai kuasa dominan.
DAP tidak pernah bantah peruntukan orang Melayu - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan DAP tidak pernah menyekat peruntukan melibatkan kepentingan orang Melayu.