awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

INSKEN kerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri bantu usahawan asnaf - Ewon

Astro Awani
Astro Awani
21/03/2024
09:45 MYT
INSKEN kerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri bantu usahawan asnaf - Ewon
Ewon berkata, INSKEN sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa Majlis Agama Islam Negeri pada tahun ini bagi memperhalusi program latihan dan bimbingan keusahawanan bersesuaian dengan usahawan asnaf.- Gambaar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) telah bekerjasama dengan beberapa Majlis Agama Islam Negeri untuk membantu usahawan asnaf melalui pelaksanaan program pembangunan latihan dan bimbingan keusahawanan.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata melalui kerjasama bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), INSKEN telah melaksanakan Kursus Asas Keusahawanan (KAK) yang bertujuan memberi pengetahuan kepada bakal usahawan dan usahawan peringkat permulaan.
"Pada tahun 2022, sebanyak enam siri kursus ini telah diadakan melibatkan seramai 250 orang peserta asnaf dan seramai 676 peserta asnaf pula telah mengikuti 16 siri kursus ini yang diadakan pada tahun 2023," katanya.
Beliau menjawab soalan Tuan Manndzri Nasib [TENGGARA] mengenai kerjasama yang dijalankan INSKEN bersama Majlis Agama Islam setiap negeri dan wilayah bagi membantu para asnaf serta usahawan-usahawan asnaf.
Dalam pada itu, di bawah kerjasama dengan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Ewon menjelaskan, INSKEN telah melaksanakan Kursus Asas Pembangunan Produk dan Servis (KAPPS) pada tahun 2023 yang melibatkan kehadiran 27 orang peserta asnaf.
"INSKEN pada tahun 2022 telah mengadakan Program Latihan Pemasaran INSKEN kepada 35 orang usahawan asnaf. Pada tahun 2023, INSKEN turut melaksanakan Sesi Konsultasi BizClinic secara percuma kepada 35 orang usahawan asnaf di bawah MAINS.
"Sesi ini bertujuan membantu usahawan mengenalpasti keperluan latihan atau bimbingan, kewangan, pemasaran serta maklumat bersesuaian berkaitan perniagaan yang diusahakan," katanya.
Sementara itu jelasnya, INSKEN sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa Majlis Agama Islam Negeri pada tahun ini bagi memperhalusi program latihan dan bimbingan keusahawanan bersesuaian dengan usahawan asnaf.
Topic Berkaitan
#usahawan
#Melayu
#Datuk Ewon Benedick
#INSKEN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan