awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PUM seru negara Islam tidak sekadar pemerhati dalam isu Palestin

Bernama
Bernama
09/04/2025
03:40 MYT
PUM seru negara Islam tidak sekadar pemerhati dalam isu Palestin
Persatuan Ulama Malaysia menyeru negara-negara Islam agar tidak hanya menjadi pemerhati, sebaliknya memainkan peranan aktif dalam menghentikan keganasan dan memberikan bantuan sewajarnya kepada rakyat Palestin. - Gambar AP
KUALA LUMPUR: Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menyeru negara-negara Islam agar tidak hanya menjadi pemerhati, sebaliknya memainkan peranan aktif dalam menghentikan keganasan dan memberikan bantuan sewajarnya kepada rakyat Palestin.
Setiausaha Agung PUM, Prof Dr Mohd Roslan Mohd Nor berkata, segala usaha untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin, khususnya di Gaza perlu diteruskan dengan gigih dan tanpa henti sehingga mereka mencapai kemenangan dan keadilan.
Beliau berkata, keadaan rakyat Palestin, khususnya di Gaza yang terus menerus dibom oleh rejim Zionis memerlukan perhatian serta tindakan segera daripada seluruh dunia.
"Perjuangan mereka untuk mempertahankan tanah air dan hak mereka adalah perjuangan yang adil dan wajar disokong dengan segala cara yang mungkin.
"Justeru, PUM menyeru seluruh umat Islam dan pihak-pihak yang cintakan pembebasan untuk terus memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada perjuangan rakyat Palestin," katanya dalam kenyataan hari ini.
PUM juga melihat sokongan berterusan rakyat di negara-negara barat yang turut menyuarakan sokongan kepada perjuangan Palestin sebagai satu perkembangan psotitif sekali gus menempelak keangkuhan kuasa barat yang masih menyokong kezaliman rejim Zionis.
Oleh itu, tidak seharusnya ada seorang pun rakyat di negara-negara Islam yang memandang sinis atau acuh tak acuh terhadap perjuangan suci rakyat Palestin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#isu Palestin
#negara Islam
#Persatuan Ulama Malaysia
#rejim Zionis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan