awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Punca kebakaran pusat kualiti alam akibat tindak balas bahan kimia

Bernama
Bernama
13/04/2024
09:07 MYT
Punca kebakaran pusat kualiti alam akibat tindak balas bahan kimia
Pekarangan Kualiti Alam Sdn Bhd dikawal ketat oleh pengawal keselamatan yang bertugas di lokasi kejadian kebakaran di Cenviro Sdn Bhd (Pusat Kualiti Alam) di Ladang Tanah Merah A3 Division, Bukit Pelanduk hari ini. -Gambar fail/Bernama
SEREMBAN: Kebakaran yang berlaku di Pusat Pengurusan Sisa Kualiti Alam berpunca daripada tindak balas bahan kimia di logistik (shed A) simpanan sisa bahan kimia berjadual di Cenviro Sdn Bhd Ladang Tanah Merah, A3 Division, Bukit Pelanduk, Port Dickson.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan berkata kebakaran berlaku petang semalam membabitkan kawasan seluas 100x100 kaki persegi dan kerugian pihak syarikat dianggarkan sebanyak RM8 juta.
"Saya dimaklumkan kejadian berlaku di kawasan pengumpulan bahan sisa berjadual dan kebakaran tercetus hasil tindak balas kira-kira 160 kilogram bahan kimia klorida yang ada di situ.
"Sekarang ini pihak terlibat sedang memantau keadaan air, udara dan orang awam tidak perlu bimbang semuanya dalam keadaan baik dan terkawal," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata kebakaran itu kejadian ketiga berlaku di pusat berkenaan selepas kali pertama dilaporkan pada 2015 dan kali kedua pada 2019.
Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Cenviro Dr Johari Jalil berkata 86 pekerja di kilang berkenaan berada dalam keadaan selamat.
Beliau berkata kebakaran itu bermula di kawasan simpanan terpencil dan dapat dikawal oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan serta pasukan Kebakaran dan Hazmat Kualiti Alam sekitar 8.20 malam semalam,
"Ia hanya menjejaskan sebahagian kapasiti pergudangan dan tidak memberi kesan kepada operasi harian fasiliti Pusat Pengurusan Sisa (WMC) kami.
"Sebaik sahaja kebakaran dikesan, prosedur tindak balas kecemasan segera dilaksanakan oleh Pasukan Tindak Balas Kecemasan Kualiti Alam manakala 66 orang personel dari empat stesen JBPM negeri turut berada di tapak berkenaan," katanya.
Johari berkata Pasukan Kesihatan, Keselamatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSSE) kilang itu terus memantau kualiti udara dan bacaan gas di tapak serta kawasan sekitar.
Semalam, dilaporkan kilang Cenviro Sdn Bhd berkeluasan 100x100 kaki persegi di Ladang Tanah Merah A3 Division, Bukit Pelanduk, Port Dickson musnah dalam kebakaran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pusat Pengurusan Sisa Kualiti Alam
#tindak balas bahan kimia
#Cenviro Sdn Bhd
#Ladang Tanah Merah A3 Division Bukit Pelanduk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan