awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
Dakwaan dipukul polis, kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Punca kematian anggota tentera hilang di Hutan Simpan Belum akibat kecederaan kepala

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
13/04/2023
11:00 MYT
Punca kematian anggota tentera hilang di Hutan Simpan Belum akibat kecederaan kepala
Hasil bedah siasat yang telah dijalankan oleh pihak hospital mengesahkan mayat tersebut merupakan milik koperal Mohammad Nasri Mohd Nasib. - Gambar fail
IPOH: Polis mengesahkan kematian anggota tentera yang ditemui maut di Hutan Simpan Belum dekat Gerik, Koperal Mohammad Nasri Mohd Nasib, 33, berpunca daripada kecederaan kepala dipercayai akibat terjatuh.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata pengesahan itu dibuat selepas proses bedah siasat dijalankan pada mangsa di Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini.
“Hasil bedah siasat yang telah dijalankan oleh pihak hospital mengesahkan mayat tersebut merupakan milik koperal Mohammad Nasri Mohd Nasib, dan punca kematian adalah disebabkan kecederaan kepala yang konsisten dengan jatuh.
“Jenazah kemudian telah diserahkan kepada pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Polis Perak merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
BACA: Mayat anggota tentera hilang di Hutan Simpan Belum sejak Jumaat ditemui
Pada Rabu, media melaporkan mayat seorang anggota tentera yang dilaporkan hilang ketika menjalankan operasi di kawasan pedalaman Hutan Simpan Belum telah ditemukan pada 10.15 pagi.
Sebelum itu, polis telah menerima laporan kehilangan melibatkan seorang anggota tentera dari Batalion ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Sri Bentong, Pahang pada 12.50 tengah malam, Ahad.
Hasil siasatan awal polis mendapati kejadian kehilangan berlaku semasa mangsa bersama lima anggota lain menjalankan operasi di kawasan penugasan pada jam 5 petang, Jumaat lalu.
Topic Berkaitan
#anggota tentera hilang
#Hutan Simpan Belum
#punca kematian
#keputusan bedah siasat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan