awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Purata pendapatan isi rumah meningkat, RM7,901 pada 2019

Astro Awani
Astro Awani
13/10/2020
05:56 MYT
Purata pendapatan isi rumah meningkat, RM7,901 pada 2019
Kadar kemiskinan mutlak pula menurun dari 16.5 peratus pada tahun 1989 ke 5.6 peratus pada 2019 walaupun setelah mengambil kira garis kemiskinan baharu.
KUALA LUMPUR:Purata pendapatan isi rumah Malaysia pada nilai benar meningkat lebih tiga kali ganda dari RM2,580 pada tahun 1989 ke RM7,901 pada 2019.
Manakala pendapatan penengah meningkat dari RM1,801 ke RM5,873, menurut laporan terbaru Khazanah Research Institute (KRI), Welfare in Malaysia Across Three Decades.
Menurut laporan itu lagi, pendapatan isi rumah pada tahun 2019 merangkumi 45.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
“Ia merupakan satu peningkatan memberangsangkan, berbanding 35.9 peratus pada tahun 1989. Pertumbuhan pendapatan ini telah menyumbang kepada peningkatan tahap perbelanjaan.
“Corak penggunaan berubah dengan peningkatan perbelanjaan bukan keperluan seperti barangan berkaitan komunikasi, rekreasi dan kebudayaan dan juga makan di luar rumah, menandakan taraf hidup yang lebih baik,” katanya.
Tambahnya, kadar kemiskinan mutlak pula menurun dari 16.5 peratus pada tahun 1989 ke 5.6 peratus pada 2019 walaupun setelah mengambil kira garis kemiskinan baharu.
“Sementara itu, trend jangka panjang jurang pendapatan, yang biasanya diukur dengan pekali Gini, turut menurun dari 0.442 kepada 0.407 dalam tempoh yang sama.
“Pertumbuhan pendapatan Bumiputera lebih tinggi, lantas menyumbang kepada jurang yang lebih kecil antara kaum.
“Pembangunan ekonomi turut meningkatkan purata pendapatan dan penengah di semua negeri sepanjang tiga dekad yang lalu,” ujarnya.
Menurutnya, pencapaian positif itu dapat dicapai walaupun terdapat pelbagai cabaran, termasuklah cabaran yang berada di luar kawalan Malaysia, seperti Krisis Kewangan Asia dan Krisis Kewangan Global.
Topic Berkaitan
#KDNK
#Khazanah
#Bumiputera
#Asia
#ekonomi
#Malaysia
#isi rumah
#pendapatan
#KRI
#krisis kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan