awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pusat Belia Perak: KBS cadang tukar ganti tanah - Ahmad Faizal

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
05/06/2022
05:27 MYT
Pusat Belia Perak: KBS cadang tukar ganti tanah - Ahmad Faizal
Ahmad Faizal sewaktu merasmikan Program Malaysia Sports League (MSL) Daerah Kinta di Extreme Park Sunway City, di sini, hari ini. - Foto Astro AWANI
TAMBUN: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bercadang untuk melaksanakan proses tukar ganti tanah miliknya bagi merealiasikan pembinaan Pusat Belia Perak yang dirancang dibina di daerah Kinta. 
 
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, bagi tujuan tersebut, pihaknya sentiasa berhubung dengan Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Perak, Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip. 
 
Beliau berkata, dengan kaedah tukar ganti tanah itu diharap akan mempercepatkan proses untuk mendapatkan tanah bagi pembinaan pusat belia yang pernah beliau umumkan sebelum ini. 


"Di Ipoh ini, KBS mempunyai tanah, tanah ini kita cadangkan untuk ditukar ganti dengan kerajaan negeri untuk kita percepatkan mendapatkan tanah untuk kita bina satu pusat belia untuk negeri Perak di dalam banda raya Ipoh ini," katanya. 
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Malaysia Sports League (MSL) Daerah Kinta di Extreme Park Sunway City, di sini, hari ini. 
 
Mengenai penganjuran MSL, Ahmad Faizal berkata, ia melibatkan semua daerah di seluruh negara bagi membudayakan sukan dalam kalangan rakyat. 
 
"Program ini telah mendapat sambutan begitu menggalakkan. Ini membuktikan rakyat Malaysia memang mahukan hidup cergas dan aktif. 
 
“Saya galakkan rakyat meneruskan program Malaysia Sport League untuk satu jangka masa yang panjang tanpa terlalu memikirkan tentang tempat permainan dan sebagainya,” ujarnya. 
 
Katanya, KBS menggalakkan agar aktiviti sukan dijalankan di semua peringkat, termasuk di kampung dan bandar, khususnya setiap hujung minggu. 
 
Menurutnya, sebagai permulaan, lima jenis sukan telah dipilih untuk MSL iaitu futsal, sepak takraw, bola jaring, bola keranjang dan badminton.
Topic Berkaitan
#KBS
#tukar ganti tanah
#Ahmad Faizal Azumu
#Pusat Belia Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan