MELAKA: Saranan penubuhan Pusat Kajian Kewartawanan Malaysia bermanfaat bukan sahaja kepada pengamal media, tetapi rakyat secara keseluruhannya.
Presiden Gabungan Kelab Media Malaysia (Protem) (GKMM) Mohamad Fauzi Ishak berkata saranan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri itu merupakan satu hasrat yang amat baik untuk masa depan pengamal media.
Perdana Menteri ketika merasmikan sambutan kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022 di sini pada Ahad, menyarankan penubuhan sebuah Pusat Kajian Kewartawanan Malaysia bagi mendukung standard dan menaikkan tahap profesionalisme kewartawanan di negara ini.
Sementara itu, Mohamad Fauzi yang juga Presiden Kelab Media Johor berkata 14 kelab media seluruh negara telah mengemukakan hasrat dan cadangan penubuhan GKMM kepada Perdana Menteri.
Menyentuh mengenai penubuhan GKMM, Mohamad Fauzi berkata ia membabitkan gabungan 14 kelab media negeri-negeri yang ditubuhkan atas platform sosial dan kebajikan serta menghimpunkan semua wartawan dari pelbagai agensi media awam dan swasta.
Katanya, ketika ini Jawatankuasa Kerja GKMM yang ditubuhkan selepas Program Pemukiman Media SeMalaysia di Langkawi, Kedah pada 28 hingga 30 Mac lepas, sedang memperhalusi draf perlembagaan GKMM sebelum didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dalam masa terdekat.
"Semoga ia menjadi platform terbaik kepada pengamal media khususnya wartawan di seluruh negara untuk berkongsi cerita, aspirasi, semangat setia kawan serta aktiviti bersama," katanya.
Empat belas kelab media terbabit adalah Kelab Media Putrajaya; Kelab Pengamal Media Melaka (Pendika); Kelab Media Kedah (KMEK); Federation of Sarawak Journalists Association (FSJA); Kelab Media Kuala Lumpur & Selangor (KamiKLS) dan Kelab Media Johor (KMJ).
Kelab lain adalah Kelab Wartawan Media Terengganu (KAWAT); Kelab Media Negeri Sembilan (MANIS); Kelab Media Pahang (KMP); Persatuan Wartawan Perlis (PWP); Kelab Media Perak; Kelab Media Sabah; Kelab Media Pulau Pinang serta Kelab Media Kelantan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 29 2022
Saranan Perdana Menteri mengenai penubuhan Pusat Kajian Kewartawanan Malaysia merupakan satu hasrat yang amat baik untuk masa depan pengamal media. - Gambar hiasan/BERNAMA
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Pusat Kajian Kewartawanan beri manfaat kepada pengamal media, rakyat
Saranan penubuhan Pusat Kajian Kewartawanan Malaysia bermanfaat bukan sahaja kepada pengamal media, tetapi rakyat secara keseluruhannya.
Kumpulan Karangkraf penerima Anugerah HAWANA 2022
Kumpulan Karangkraf (Karangkraf) dipilih sebagai penerima Anugerah Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022 pada majlis kemuncak sambutan HAWANA di sini hari ini.
HAWANA 2022: Teks penuh lima resolusi Deklarasi Melaka 2022
Profesion ini harus kekal bebas dan berfungsi tanpa gangguan bagi memastikan aspek integriti dan tadbir urus negara yang terbaik.
HAWANA 2022: "Kerajaan tidak pernah halang media siar sebarang laporan berita" - PM
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui bahawa profesion kewartawanan harus kekal bebas dan berfungsi tanpa gangguan dan campur tangan pihak lain.
HAWANA 2022: Wartawan Malaysia gariskan lima resolusi melalui Deklarasi Melaka 2022
Melalui deklarasi itu, wartawan Malaysia terus junjung kebebasan bersuara dan kebebasan media, pastikan kelangsungan sistem demokrasi
HAWANA 2022: Kementerian tidak akan pandang sebelah mata resolusi wartawan - Annuar
Kementerian Komunikasi dan Mutimedia sedia mendengar pandangan penggiat media, dan akan memudahcarakan usaha untuk melaksanakan resolusi berkenaan.
HAWANA 2022: PM ucap Selamat Hari Wartawan Nasional
Beliau dijadual merasmikan majlis sambutan HAWANA 2022 yang bertemakan 'Suara Jelata, Aspirasi Negara', itu petang ini.
HAWANA 2022: Wujud badan induk, angkat suara wartawan - ISWAMI
Langkah itu bagi memastikan suara pengamal media, khusus dalam menyampaikan idea serta cadangan yang bernas, dapat didengari.
HAWANA 2022: Agong zahir ucapan Selamat Hari Wartawan Nasional
Al-Sultan Abdullah menzahirkan penghargaan terhadap komitmen dan dedikasi yang diberikan oleh wartawan serta pengamal media.
Pengamal media Malaysia dirai menerusi HAWANA 2022 hari ini
HAWANA 2022 yang bertemakan 'Suara Jelata, Aspirasi Negara' itu akan dirasmi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.