awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pusat kanser perkukuh kedudukan Samarahan sebagai hab kesihatan - Abang Jo

Bernama
Bernama
30/03/2024
23:00 MYT
Pusat kanser perkukuh kedudukan Samarahan sebagai hab kesihatan - Abang Jo
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada wakil asnaf selepas merasmikan Majlis Berbuka Puasa MADANI Sarawak 2024. - Foto BERNAMA
KOTA SAMARAHAN: Pembinaan Pusat Kanser Sarawak di Bahagian Samarahan dapat memperkukuh lagi kedudukan kawasan itu sebagai hab kesihatan penting.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata buat masa ini, bahagian yang terletak di kawasan selatan negeri itu mempunyai pusat latihan doktor di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Pusat Jantung Sarawak.
"Sudah tentu, pusat kanser ini dapat memantapkan lagi hab kesihatan di Samarahan. Di sini juga ada Pusat Penyelidikan Penyakit Berjangkit (SIDC) Sarawak (yang kini dalam pembinaan).
"Jika kita melihat pada semua aspek pembangunan ini, Samarahan ada potensi untuk menjadi hab yang dapat memanfaatkan negara," katanya ketika berucap di Majlis Berbuka Puasa MADANI Sarawak 2024 di sini, pada Sabtu.
Abang Johari berkata selain dikenali sebagai hab kesihatan, Samarahan juga merupakan kawasan hab pendidikan dengan beberapa institusi pendidikan tinggi di kawasan itu termasuk UNIMAS serta Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa berucap pada majlis sama berkata kerajaan Persekutuan bersetuju dengan pembinaan Pusat Kanser Sarawak di sini.
Anwar berkata menerusi projek itu, kerajaan Sarawak bakal melakar sejarah menjadi kerajaan negeri pertama membiayai terlebih dahulu projek Persekutuan bagi mempercepatkan pelaksanaannya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pusat Kanser Sarawak
#Abang Johari Tun Openg
#pusat latihan doktor
#pusat jantung sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan