KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) menahan enam wanita yang dipercayai pelayan pelanggan (GRO) dari Korea Selatan dalam serbuan di sebuah pusat karaoke di Solaris Mont Kiara pada Jumaat.
Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Syamsul Badrin Mohshin dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, turut ditahan dua lelaki warga Korea Selatan dan seorang lelaki Pakistan yang disyaki pekerja di premis itu.
Menurutnya, pusat karaoke itu menawarkan GRO berusia antara 24 hingga 46 tahun sebagai pelayan istimewa dari bilik ke bilik dengan bayaran lumayan sebanyak RM500 bergantung kepada perkhidmatan yang ditawarkan selain tip daripada pelanggan.
"Harga sebuah bilik pula mencecah sehingga RM2,000," katanya
Bagaimanapun ujarnya, ketika serbuan tiada yang dapat meloloskan diri kerana premis tersebut sudah dikepung sepenuhnya.
"Kesemua suspek ditahan di atas kesalahan Perkara 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas ekspatriat," katanya.
Syamsul Badrin memberitahu, dalam operasi sama, Imigresen Kuala Lumpur menahan enam wanita warga Thailand dan seorang dari Vietnam dalam serbuan membabitkan tiga buah pusat urut dan refleksologi di sekitar Pandan Indah.
"Bagi mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan, pelanggan perlu membayar sebanyak RM200 bagi tempoh satu jam," katanya.
Menurut Syamsul Badrin, kesemua mereka ditahan kerana kesalahan menyalahgunakan pas atau permit, tinggal lebih masa dan lain-lain yang melanggar Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Katanya, Imigresen mengambil serius aduan awam dan tidak akan berkompromi terhadap perkara itu.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jan 29 2022
Wanita dipercayai GRO warga Korea Selatan ditahan dalam serbuan ke atas sebuah pusat karaoke di Solaris Mont Kiara, Kuala Lumpur. -Foto Sinar Harian
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Pusat karaoke sedia GRO Korea Selatan diserbu
Ketika serbuan tiada yang dapat meloloskan diri kerana premis tersebut sudah dikepung sepenuhnya.