Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) yang dibuka di Pasir Gudang, susulan insiden sesak nafas dan muntah-muntah melibatkan beberapa sekolah dipercayai akibat pencemaran sejak 20 Jun lepas, ditutup operasinya pada 12 tengah hari Khamis.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata penutupan pusat kawalan di Tingkat 4, Menara Aqabah, itu dilakukan berikutan situasi yang bertambah baik di Pasir Gudang.
"Namun begitu, Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) telah diarahkan oleh Pegawai Daerah Johor Bahru untuk menubuhkan Unit Bantuan Segera Kecemasan dan beroperasi serta-merta bagi menangani situasi jika didapati insiden berulang.
"Sehubungan itu, arahan telah dikeluarkan agar Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Kesejahteraan Pasir Gudang diaktifkan segera mulai minggu hadapan," katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.
Mohd Khuzzan berkata sehingga pukul 4.00 petang Jumaat, tiada kes baharu dilaporkan berhubung insiden terbabit.
Beliau berkata secara keseluruhan, pemantauan kualiti udara yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) sejak seminggu lepas mendapati keadaan bertambah baik dan bacaan udara adalah dalam keadaan normal.
Menurutnya melalui pemantauan berterusan pihak JAS sehingga Jumaat, 255 premis industri telah diperiksa, dan ada yang dikenakan tindakan mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
"Sebanyak 125 kompaun dikeluarkan terhadap premis kerana kesalahan membabitkan buangan terjadual; 10 kompaun kerana kesalahan melibatkan efluen perindustrian, 59 notis arahan bagi mematuhi segala perundangan alam sekitar serta 11 perintah tahan operasi.
Turut dikeluarkan, satu kompaun melibatkan kesalahan kumbahan manakala tiga lagi merupakan arahan untuk disyorkan tindakan mahkamah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 12 2019
Mohd Khuzzan (tengah) berkata sehingga pukul 4.00 petang Jumaat, tiada kes baharu dilaporkan berhubung insiden terbabit. - Gambar fail
Nahas helikopter Lumut: Kesemua mangsa diberikan penghormatan terakhir ikut istiadat TLDM
Kesemua mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, semalam akan diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi TLDM.
Nahas helikopter Lumut: Malaysia jadi tumpuan, masyarakat antarabangsa zahir simpati
Nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Pangkalan TLDM Lumut semalam, turut menjadi perhatian masyarakat antarabangsa yang mengikuti perkem
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan Perak akan bincang bentuk bantuan kepada waris
Kerajaan Negeri Perak akan melihat bentuk bantuan yang bakal dihulurkan kepada keluarga tiga mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas di Lumut.
Harga minyak mahal akibat konflik beri cabaran besar kepada syarikat penerbangan - MIDF Research
Kenaikan harga bahan api jet merupakan cabaran utama kepada sektor penerbangan susulan daripada konflik geopolitik di Asia Barat yang kian memuncak kebelakangan ini.
Niaga AWANI: Breaking free from legacy systems in Malaysian companies
Daryll Tan, co-founder and director of OpenMinds Group emphasises the necessity for businesses to discard old paradigms and embrace new perspectives.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun
Mantan presiden Amerika Syarikat Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun Taro Aso di New York pada Selasa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Masyarakat antarabangsa zahir simpati
Kebanyakan portal media antarabangsa melaporkan kejadian itu dengan terperinci.
Seramai 38 orang terbunuh dalam hujan lebat di Kenya
Hujan lebat yang melanda Kenya menyebabkan seramai 38 orang terbunuh dan lebih 11,000 orang dipindahkan.
Peluru berpandu Rusia serang kawasan kediaman di Kharkiv
Konflik Rusia- Ukraine terus memuncak apabila peluru berpandu Russia menyerang kawasan kediaman di bandar kedua terbesar Ukraine, Kharkiv pada Rabu.
Palsu dokumen: Anak menteri besar, pegawai pejabat MB antara enam direman SPRM
Anak seorang menteri besar dan pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman SPRM bagi membantu siasatan berhubung pemalsuan dokumen.
Dasar di peringkat PBT paling berkesan tangani isu pencemaran - Pakar Hospital Pantai
Dasar yang diperkenalkan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah paling berkesan untuk menangani isu pencemaran.
Misi global kembara solo Katiravan liputi 40 negara
Katiravan Subarayan, 63, warga Malaysia yang dalam misi kembara global bermotosikal untuk mempromosikan kesedaran alam sekitar, terus mencapai kemajuan yang memberangsangkan.
Guterres gesa tindakan tangani krisis sisa pepejal secara global
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menggesa seluruh dunia pada Sabtu supaya bertindak menangani krisis sisa pepejal, lapor Xinhua.
Jenayah alam sekitar disabit di mahkamah meningkat tahun lepas - Nik Nazmi
Kes melibatkan jenayah alam sekitar yang disabitkan di mahkamah meningkat kepada 409 kes pada tahun lepas berbanding 289 kes pada 2019.
Rakyat didorong bantu menjaga kelestarian hutan Malaysia
Setiap rakyat Malaysia perlu bersama-sama berusaha mengekalkan bumi Malaysia dengan kehijauan kawasan hutan yang kaya dengan kepelbagaian biologi demi kesejahteraan hidup generasi kini dan akan datang
UTP menang Anugerah Tenaga Negara sebagai pengiktirafan usaha kemampanan
Pencapaian ini menyerlahkan komitmen UTP yang tidak berbelah bahagi terhadap penjagaan alam sekitar.
Berhati-hati beli barangan mesra alam, elak muslihat 'greenwashing'
Slogan sedemikian sebenarnya antara strategi 'acah hijau' (greenwashing) yang digunakan bagi mengabui masyarakat hari ini.
PBBPP rayu pendaki jaga kebersihan di Bukit Bendera
PBBPP merayu kepada semua pengguna laluan terutamanya pendaki supaya menjaga kebersihan alam sekitar di pusat peranginan tersebut.
Jason Momoa nak jadi ahli politik untuk selamatkan dunia
Bintang Aquaman, Jason Momoa ternyata punya cita-cita yang lebih berat berbanding menjadi pelakon sewaktu kecil.
Malaysia komited capai matlamat SDG PBB dan Perjanjian Paris 2015
Peralihan dalam dasar Malaysia baru-baru ini untuk membenarkan eksport tenaga boleh diperbaharui komersial bakal menjana manfaat ekonomi.