awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pusat penamaan calon PRK DUN Nenggiri dibuka

Bernama
Bernama
03/08/2024
01:10 MYT
Pusat penamaan calon PRK DUN Nenggiri dibuka
Petugas SPR melakukan persiapan menjelang hari penamaan calon PRK DUN Nenggiri ketika tinjauan di Dewan Perdana, Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musang, semalam. --fotoBERNAMA
GUA MUSANG: Pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Dewan Perdana, Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musang di sini dibuka 9 pagi ini.
Setiap parti dan individu yang berhasrat bertanding akan diberikan masa sejam bermula 9 hingga 10 pagi bagi mengemukakan borang pencalonan, sebelum nama mereka disahkan dan diumumkan sebagai calon oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Nik Raisnan Daud.
PRK berkenaan diadakan berikutan kekosongan kerusi yang diumum Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun lepas, berikutan bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan ke-15 tahun lepas, Mohd Azizi yang bertanding menggunakan logo PAS menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Ab Aziz Yusoff dengan majoriti 810 undi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 17 Ogos ini, manakala hari mengundi awal pada 13 Ogos tidak akan diadakan selepas kesemua 14 pengundi terlibat memilih mengundi secara pos, kerana keperluan mereka bertugas sepanjang tempoh kempen.
Kerusi DUN Nenggiri mempunyai 20,259 pemilih berdaftar, melibatkan 20,245 pengundi biasa dan 14 anggota polis.
DUN berkenaan telah dipertandingkan mulai 2004 dan setakat ini telah melalui lima pilihan raya yang menyaksikan empat daripadanya dimenangi BN, dan kali terakhir dimenangi Mohd Azizi.
-- BERNAMA
Dapatkan informasi terkini PRK Nenggiri di sini
Topic Berkaitan
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#pusat penamaan calon
#PRK Nenggiri
#DUN Nenggiri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan