awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Putera Mahkota UAE adakan mesyuarat dua hala dengan Tengku Hassanal di Abu Dhabi

Bernama
Bernama
26/07/2023
13:10 MYT
Putera Mahkota UAE adakan mesyuarat dua hala dengan Tengku Hassanal di Abu Dhabi
Sheikh Khaled yang juga Pengerusi Majlis Eksekutif Abu Dhabi dan Tengku Hassanal membincangkan hubungan rapat UAE dan Malaysia, serta peluang untuk kerjasama merentasi bidang kepentingan bersama untuk rakyat kedua-dua negara. - Gambar/ Bernama
ABU DHABI: Putera Mahkota Emiriah Arab Bersatu (UAE) Mohamed bin Zayed Al Nahyan mengadakan pertemuan dengan Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, sempena lawatan Putera Diraja Malaysia itu awal minggu ini.
Pada mesyuarat di pejabatnya pada Isnin, Sheikh Khaled yang juga Pengerusi Majlis Eksekutif Abu Dhabi dan Tengku Hassanal membincangkan hubungan rapat UAE dan Malaysia, serta peluang untuk kerjasama merentasi bidang kepentingan bersama untuk rakyat kedua-dua negara, menurut Agensi Berita Emirates (WAM).
Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Setiausaha Agung Majlis Eksekutif Abu Dhabi Saif Saeed Ghobash dan Mansour Al Dhaheri.
Mei lepas, Sheikh Khaled membuat lawatan khas selama empat hari ke Malaysia.
UAE ialah rakan dagang dan destinasi eksport kedua terbesar Malaysia, serta destinasi import kedua terbesar di rantau Asia Barat.
Pada 2022, jumlah dagangan Malaysia dan UAE meningkat 73.5 peratus kepada RM38.73 bilion daripada RM22.33 bilion tahun sebelumnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Putera Mahkota UAE
#Pemangku Raja Pahang
#Tengku Hassanal
#UAE
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan