KUALA BERANG: Puteri UMNO akan menubuhkan skuad sukarelawan khas di setiap negeri supaya bantuan segera dapat diberikan kepada mereka yang ditimpa bencana.
Ketua Puteri UMNO Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi berkata melalui skuad itu, persiapan serta bantuan kepada mangsa bencana dapat dirancang dengan sempurna selain dapat disalurkan segera sekiranya berlaku musibah seperti banjir di sesuatu kawasan.
Beliau berkata ketika ini terdapat kira-kira 300,000 ahli Puteriu UMNO di seluruh negara yang boleh digerakkan sebagai ahli skuad atau sukarelawan di setiap negeri.
"Sebelum ini kita (Puteri UMNO) tidak ada skuad khas bencana. Kita gerakkan sukarelawan ke sesuatu tempat bencana mengikut situasi.
"Dengan penubuhan skuad ini, jika terjadi bencana alam yang tak disangka, kita ada sukarelawan di setiap negeri untuk bantu masyarakat setempat," katanya ketika ditemui pada Program Pembersihan Pasca Banjir Pergerakan Puteri UMNO Malaysia di Dewan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kampung Pengkalan Ajal, di sini hari ini.
Sebanyak 150 sukarelawan Puteri UMNO dari seluruh Terengganu terlibat dalam operasi pembersihan di beberapa lokasi yang terkesan banjir di Hulu Terengganu hari ini.
Semalam, Nurul Amal bersama 150 sukarelawan Puteri UMNO Kelantan turun padang menjalankan operasi pembersihan kediaman penduduk pascabanjir di Kampung Reka di Jeli, Kelantan.
Banjir gelombang ketiga yang melanda Terengganu pada 24 Dis lepas memaksa lebih 10,000 penduduk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di lapan daerah seluruh negeri.
Daerah Hulu Terengganu antara lokasi paling terjejas dengan jumlah mangsa menjangkau lebih 4,000 orang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 02 2024
Nurul berkata ketika ini terdapat kira-kira 300,000 ahli Puteriu UMNO di seluruh negara yang boleh digerakkan sebagai ahli skuad atau sukarelawan di setiap negeri. - Gambar Bernama
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
25 maut, 13 cedera bas terjunam dalam sungai Peru
Kemalangan bas di kawasan gunung Andes di utara Peru telah meragut 25 nyawa manakala 13 cedera pada Isnin.
Nahas Helikopter: Wira negara, damailah anda di sana
Satu negara bersimpati, bersedih dengan perginya pejuang yang telah banyak berjasa buat Malaysia. Bingkisan ini, istimewa buat semua wira yang kini berada di negara abadi.
PRK KKB: Serangan peribadi tak jejas kempen calon PH
Serangan peribadi oleh pihak lawan tidak sesekali menjejaskan perjalanan kempen calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu ini.
Pukul pelatih: Penyelia, pembantu pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah
Penyelia dan pembantu sebuah pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pelatih lelaki.
Puteri UMNO tubuh skuad sukarelawan khas bantu mangsa bencana
Puteri UMNO akan menubuhkan skuad sukarelawan khas di setiap negeri supaya bantuan segera dapat diberikan kepada mereka yang ditimpa bencana.
DAP diingatkan tidak main isu sensitif - Puteri UMNO
DAP dingatkan supaya tidak bermain dengan isu sensitif yang boleh menggugat keamanan serta keharmonian awam, khususnya berkaitan agama, bangsa dan institusi raja (3R).
PRN: Media sosial bukan penentu corak pilihan anak muda
Platform media sosial dilihat tidak menentukan kecenderungan golongan muda dalam memilih sesebuah parti politik pada PRN ini.
PRN: Puteri UMNO guna pendekataan mesra media sosial sepanjang kempen
Puteri UMNO menggunakan pendekatan 'Mesra Media Sosial' sepanjang tempoh berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini yang membabitkan enam negeri.
PAU2023: UMNO tetap berdiri atas prinsip perjuangan parti - Puteri UMNO
Ketua Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi menegaskan identiti parti itu masih sama, namun apa yang boleh ditambah baik adalah anjakan pola fikiran yang lebih terbuka.
PAU 2023: Puteri UMNO perlu masa sesuaikan diri dengan asimilasi politik BN dan PH
Ketua Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi mengakui sayap UMNO itu antara yang merasa canggung dengan perubahan itu dan memerlukan masa dan ruang secukupnya untuk menyesuaikan diri
'Tiada kaitan pengaruh terhadap kemenangan Yana'
Jelas beliau, kejayaan yang diperoleh Nooryana merupakan hasil usahanya sendiri.
Kerja dalam satu pasukan jayakan misi Puteri UMNO
Katanya, golongan muda mempunyai banyak pecahan kumpulan yang memerlukan corak pendekatan berbeza.
Asuma Beevi tawar diri tanding Ketua Wanita UMNO Kuala Langat
Keputusan itu dibuat setelah membuat pertimbangan mendalam terhadap hala tuju politik dan perubahan yang ingin dibawa di bahagian itu.
PAU2022: Puteri UMNO turut desak ambil tindakan terhadap 'pengkhianat'
Zahida Zarik Khan menegaskan, parti sama sekali tidak boleh bertolak ansur dengan pengkhianat sama ada ahli biasa atau yang memegang jawatan.