PELABUHAN KLANG: Kerajaan persekutuan sedia untuk berbincang dengan kerajaan Sarawak berhubung hasrat negeri itu yang mahu mengambil alih semula Pelabuhan Bintulu, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.
Katanya, perbincangan tersebut akan dibuat atas semangat Kerajaan Perpaduan namun setakat ini beliau masih belum lagi menerima laporan rasmi berhubung hasrat tersebut daripada kerajaan Sarawak.
Loke berkata untuk diserahkan kepada kerajaan Sarawak, ia perlu melalui pelbagai proses perundangan namun kementeriannya mengalu-alukan perbincangan bersama.
"Sebarang kemungkinan, apa sahaja boleh dibincang dan dirunding. Jadi saya memahami apa aspirasi yang kerajaan Sarawak inginkan. Saya tidak menolak perbincangan tersebut dan kita terbuka tetapi ia akan memerlukan banyak proses kerana Pelabuhan Bintulu merupakan pelabuhan persekutuan.
Terdahulu media melaporkan, bahawa kerajaan negeri Sarawak akan berbincang dengan Putrajaya untuk mengambil semula Pelabuhan Bintulu, yang kini berada di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ia bagi membolehkan Pelabuhan Bintulu ditadbir dan dibangunkan lagi sebagai pelabuhan negeri mengikut strategi yang dirangka untuk pelabuhan di Sarawak.
Dalam perkembangan lain, Loke berkata hala tuju pembangunan pelabuhan mega ketiga baharu yang dijangka dibuka di Selangor iaitu di Pulau Carey, Kuala Langat akan dibincangkan dengan teliti di peringkat kabinet.
Katanya, berdasarkan kajian kebolehlaksanaan yang dilakukan oleh Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) selama dua tahun bermula 2019 mendapati kawasan tersebut bersesuaian untuk dijadikan pelabuhan ketiga selepas Pelabuhan Utara dan Pelabuhan Barat di sini.
Beliau berkata pembangunan pelabuhan di Pulau Carey itu adalah bagi projek jangka masa panjang yang akan dilaksanakan dalam 20 hingga 30 tahun akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 01 2023

Menteri Pengangkutan Anthony Loke (tengah) hadir pada Majlis Perasmian Pembukaan Infinity Freight Village 5 (FV5) di Westports, Pulau Indah, hari ini. - Foto BERNAMA

Netanyahu terpaksa tangguh lawatan ke London
Keengganan juruterbang itu dikaitkan dengan rancangan Netanyahu untuk menyusun semula sistem perundangan Israel, yang menyebabkan protes besar-besaran.

Malaysia gesa diwujudkan agensi PBB urus isu air
Malaysia mencadangkan diwujudkan sebuah agensi khusus untuk air di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi melaksanakan Agenda Tindakan Air.

Inisiatif Pucuk Hijau UMW: Kenapa pokok bakau?
Sasaran Kumpulan UMW untuk tanam 300,000 pokok bakau di seluruh Malaysia semakin dihampiri.

AWANI Ringkas: Tiada lagi monopoli Puspakom untuk perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Wartawan Belarus di hukum penjara tiga tahun
Sebuah mahkamah di Belarus pada Khamis menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun kepada seorang wartawan kerana mencetuskan kebencian dan perselisihan terhadap penguatkuasa undang-undang.

Banci Ekonomi 2023 juga dapat bantu rakyat buat keputusan
Rakyat boleh membuat keputusan strategik untuk kehidupan mereka berdasarkan data menyeluruh yang terkumpul daripada banci ini.

Inisiatif Pucuk Hijau UMW hampiri sasaran tanam 300,000 pokok bakau
Setakat 31 Januari tempoh hari, sekitar 174,000 pokok bakau sudah ditanam sejak kempen bermula pada pertengahan 2022.

Tanda semak biru Twitter kini tersedia di seluruh dunia - Elon Musk
Sistem pengesahan tanda semak biru Twitter kini tersedia di seluruh dunia, kata pemilik syarikat Elon Musk pada Khamis.

China menentang Amerika Syarikat memaksa penjualan TikTok
Jurucakap Kementerian Perdagangan China, Shu Jueting berkata kerajaan China menentang sebarang perancangan Amerika Syarikat untuk memaksa ByteDance menjual platform media sosialnya, TikTok.

Rohana pulangkan AS$10 juta, tidak tahu sumber dana berkait 1MDB - Sumber SPRM
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki telah mengesahkan pemulangan wang AS$10 juta tersebut ketika dihubungi.

Putrajaya sedia bincang berkenaan hasrat Sarawak ambil alih semula Pelabuhan Bintulu
Kerajaan persekutuan sedia untuk berbincang dengan kerajaan Sarawak berhubung hasrat negeri itu yang mahu mengambil alih semula Pelabuhan Bintulu, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Kerajaan Sarawak mahu Pelabuhan Bintulu di bawah bidang kuasanya - Abang Johari
Langkah berkenaan akan membolehkan pelabuhan itu diurus dan dimajukan lagi sebagai pelabuhan negeri.

Kastam zahir penghargaan kecekapan polis tahan tiga lelaki bantu kes ugut pegawainya
Operasi di dua pelabuhan berkenaan antara 21 Okt dan 13 Nov lepas, berjaya membawa kepada rampasan barang seludup yang bernilai kira-kira RM2.64 juta.

COVID-19: JPBN Sarawak isytihar kluster Alam tamat
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak mengisytiharkan kluster Alam di Bintulu sebagai tamat.

APMM Bintulu selamatkan 8 kru kapal kargo dipukul ribut
APMM menyelamatkan lapan kru sebuah kapal kargo yang hampir karam akibat dipukul ribut dalam kejadian kira-kira 17 batu nautika dari Pelabuhan Bintulu hari ini.

Sarawak: Satu kluster baharu dilaporkan, ini 5 perkara penting kenyataan JPBNS
Kluster Alam diisytiharkan sebagai kluster terbaharu COVID-19 di negeri Sarawak.

KBS, KKLW antara kementerian dipanggil PAC
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan memanggil beberapa kementerian dan agensi susulan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2016 Siri 2.

Bot tunda dan baj dirompak di perairan Bintulu, kru selamat
Sebuah bot tunda dan baj yang dilaporkan sedang dalam perjalanan dari Tawau, Sabah, menuju Pelabuhan Klang, dilaporkan dirompak.