awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PVATM akan terus perjuang isu belum selesai

Bernama
Bernama
08/07/2022
00:00 MYT
PVATM akan terus perjuang isu belum selesai
Majlis Angkatan Tentera pada Rabu meluluskan dua daripada lima isu kebajikan yang diperjuang oleh PVATM dan rakan seperjuangan lain.
KUALA LUMPUR: Pelarasan pencen, bantuan kebajikan secara berterusan untuk veteran tidak berpencen dan pemberian elaun kenangan kepada penerima Pingat Jasa Malaysia adalah tiga isu yang akan terus diperjuang oleh Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM).
PVATM dalam kenyataan semalam memaklumkan persatuan itu mengambil pendekatan mengemukakan tuntutan secara berhemah dan rundingan kerana kaedah tersebut merupakan jalan paling sesuai serta terbaik untuk menyelesaikan sesuatu isu.
"Kami menyambut baik dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mengumumkan dua perkara penambahbaikan kemudahan yang diberikan kepada veteran dan balu ATM," menurut kenyataan itu.
Majlis Angkatan Tentera pada Rabu telah meluluskan dua daripada lima isu kebajikan yang diperjuang oleh PVATM dan rakan seperjuangan lain.
Isu pertama ialah jangka masa pemberian pencen terbitan kepada isteri yang dikahwini veteran ATM dalam masa persaraan dipanjangkan sehingga veteran mencapai usia 80 tahun kerana sebelum ini, jangka masa itu hanya 20 tahun yang dikira daripada tarikh mula bersara.
Isu kedua pula ialah penubuhan Tribunal atau Jawatankuasa Pengampunan bagi bekas anggota tentera yang diberhentikan atas sebab tatatertib untuk membolehkan mereka diiktiraf sebagai veteran dan mereka boleh menerima kemudahan bantuan kebajikan kerajaan yang disalurkan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PVATM
#VETERAN ATM
#penambahbaikan kemudahan
#tuntutan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan