awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Qualcomm perkenal Snapdragon AR1+ Gen1 – Cip kaca mata pintar dengan kemampuan AI

Amanz
Amanz
14/06/2025
04:40 MYT
Qualcomm perkenal Snapdragon AR1+ Gen1 – Cip kaca mata pintar dengan kemampuan AI
Qualcomm memperkenalkan cip Snapdragon AR1+ Gen1, kemas kini kepada AR1 Gen1. -Amanz
SEGMEN peranti kaca mata pintar dilihat semakin membesar, dengan penawaran oleh syarikat-syarikat seperti Huawei, Meta dan Ray-Ban, Snap, Xiaomi, XReal dan sebagainya.

Ringkasan AI
  • Segmen kaca mata pintar semakin berkembang dengan penyertaan jenama seperti Huawei, Meta, Ray-Ban, Snap, Xiaomi dan XReal, menunjukkan peningkatan minat terhadap teknologi boleh pakai.
  • Qualcomm memperkenalkan cip Snapdragon AR1 Gen1, kemas kini kepada AR1 Gen1, dengan kemampuan pemprosesan AI secara terbina melalui Hexagon NPU, membolehkan tugasan seperti cadangan resipi dijalankan tanpa sambungan internet atau peranti tambahan.
  • Cip baharu ini hadir dalam saiz lebih kecil, menyokong reka bentuk kaca mata pintar yang lebih nipis dan ringan serta jangka hayat bateri lebih panjang; Meta dan XReal antara syarikat yang sedang membangunkan produk menggunakan cip ini.

Qualcomm, sebagai pengeluar cip semikonduktor yang menguasakan banyak peranti elektronik telah memperkenalkan kemas kini kepada cip pemprosesan kaca mata pintar mereka, iaitu Qualcomm Snapdragon AR1+ Gen1.
Cip ini merupakan kemas kini kepada cip Snapdragon AR1 Gen1 yang dilancarkan pada sekitar September 2023, yang kini hadir dengan kemampuan untuk memproses tugasan AI, yang bermakna bahawa kaca mata yang dikuasakan cip ini tidak lagi memerlukan sambungan ke Internet ataupun peranti pintar untuk tujuan tersebut.
Cip Hexagon NPU yang terbina di dalam SoC Snapdragon AR1+ Gen1 membolehkan peranti untuk memproses tugasan Small Language Model.
Contoh yang diberikan ialah AI yang memberi cadangan kepada pertanyaan seperti meminta cadangan resipi untuk makan tengahari ataupun makan malam apabila anda berada di pasaraya.
Dalam pada itu, Qualcomm juga mengatakan cip pemprosesan ini akan hadir dengan saiz yang lebih kecil yang membolehkan untuk jenama pembuat peranti mereka produk yang lebih nipis dan ringan juga, di samping jangka hayat bateri yang lebih panjang.
Mereka juga mengatakan bahawa syarikat-syarikat seperti Meta dan XReal sudah pun memulakan proses membangunkan kaca mata pintar dengan cip pemprosesan Snapdragon AR1+ Gen1 ini, dan akan memperlihatkannya kelak. -Amanz
Topic Berkaitan
#kaca mata pintar
#Snapdragon AR1 Gen1
#Hexagon NPU
#lebih nipis dan ringan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan