GADGETS
Qualcomm Snapdragon 6 Gen 3 dilancar dengan teknologi 4nm

Cip ini hadir dengan empat teras CPU Cortex-78 2.40 GHz dan empat teras Cortex-A55 1.80GHz yang dipadankan dengan GPU Adreno 710 GPU.
-Amanz
JUN lalu, Qualcomm melancarkan Snapdragon 6s Gen 3 dengan teknologi 6nm. Semalam, Snapdragon 6 Gen 3 pula diumumkan dengan ia dihasilkan menggunakan teknologi 4nm Samsung.
Cip ini hadir dengan empat teras CPU Cortex-78 2.40 GHz dan empat teras Cortex-A55 1.80GHz yang dipadankan dengan GPU Adreno 710.
Walaupun mengekalkan penggunaan teras CPU yang sama, perbezaan antara 6 Gen 3 dan 6s Gen 3 terletak pada GPU lebih berkuasa dan teknologi ia dikilangkan sahaja.
Melengkapkan cipset ini adalah sokongan modem selain turut menawarkan sokongan untuk QuickCharge 4+, memori LPDDR5, storan UFS 3.1, WiFi 6E, bluetooth 5.2 dan kamera utama sehingga 200MP atau tri-kamera 16MP.Menurut Qualcomm, Snapdragon 6 Gen 3 menawarkan peningkatan 10% pada prestasi CPU, 30% pada prestasi GPU dan 20% pada prestasi AI berbanding Snapdragon 6 Gen 1.
Tiada maklumat peranti pertama yang akan menggunakan cip ini. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami