awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

QZ8501: Dua bahagian besar pesawat AirAsia yang hilang ditemui - Ketua BARSARNAS

AFP
AFP
03/01/2015
03:46 MYT
QZ8501: Dua bahagian besar pesawat AirAsia yang hilang ditemui - Ketua BARSARNAS
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) mangsa pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 telah menjumpai 30 mayat di kawasan Kalimantan Tengah, setakat Jumaat - Gambar Fail
Pasukan mencari dan menyelamat, SAR Indonesia telah menemui “dua bahagian besar” pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang sejak Ahad lalu bersama 162 penumpang dan anak kapalnya.
Perkara itu dimaklumkan Ketua pasukan pencari itu Bambang Soelistyo hari ini.
“Dengan penemuan tumpahan minyak dan dua bahagian pesawat, saya yakin ia adalah milik pesawat AirAsia yang kita cari,” kata Bambang kepada wartawan di Jakarta.
Menurut Bambang lagi, bahagian paling besar dianggarkan bersaiz sekitar 10 meter kali lima meter.
“Sedang saya bercakap ini, kami sedang membawa turun kenderaan dasar laut berkawalan jauh, ROV bagi mendapatkan gambaran sebenar objek terbabit yang dikesan di dasar laut. Kesemuanya pada kedalaman 30 meter,” kata Bambang.
Bagaimanapun katanya, arus kuat memberikan kesukaran buat kenderaan ROV itu beroperasi.
Cuaca buruk sejak kebelakangan ini menggangu usaha mencari mayat dan bahagian pesawat Airbus A320-200, yang hilang dari radar dan dipercayai terhempas di laut ketika cuaca ribut.
Pesawat yang membawa 162 penumpang dan anak kapal itu telah berlepas dari Surabaya pada 5.35 pagi dan dijadual tiba di Singapura pada 8.20 pagi hari yang sama (28 Dis).
Penumpang pesawat itu terdiri daripada 149 orang warga Indonesia, Korea Selatan (3), Singapura, Malaysia dan United Kingdom (masing-masing seorang).
Pesawat dikendalikan dua juruterbang dan lima petugas kabin.
Topic Berkaitan
#AirAsia
#Bambang Soelistyo
#Indonesia
#QZ8501
#Singapore
#Singapura
#Surabaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan